Oleh pada 02 Jul 2019 kategori

Ulunthu vadai atau dipanggil sebagai mendhu vada merupakan sebuah makanan ringan masyarakat India. Terdapat beberapa jenis vadai seperti vadai masalah dan ulunthu vadai.

Vadai masalah menggunakan kacang dhal kuning berbentuk bulat. Untuk ulunthu vadai pula, ulunthu merupakan sejenis kacang dhal yang dibuat vadai dan juga sebuah lagi hidangan orang India iaitu idli.

Jika anda hanya tahu tentang vadai kacang dhal kuning sahaja, kini anda sudah tahu bahawa terdapat sebuah lagi jenis iaitu vadai kacang ulunthu putih. Jika anda baru pertama kali mahu membeli ulunthu, bolehlah terus pergi ke kedai orang India dan sebut namanya yang lebih lazim dipanggil mereka sebagai urid dhal (urad dal). 

Ulunthu Vadai 

Bahan-bahan:

  • Dhal putih (250g)
  • Nasi putih (3 sudu besar)
  • Garam
  • Yis (sedikit)
  • Bawang besar (3 biji)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Cili merah (3 biji)
  • Lada hitam (v)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam dhal selama 5 jam atau lebih.
  2. Campurkan nasi bersama dhal dan kisar menggunakan pengisar kering. Jika perngisar tidak berpusing, renjiskan sedikit air ke dalam penghisar. Jangan terlalu banyak air.
  3. Campurkan garam dan sedikit yis ke dalam dhal yang dikisar tadi. Gaul sebati dan perap selama 2 jam.
  4. Jika adunan terlebih air dan lembik, boleh tambah sedikit dhal putih (kering) yang telah dikisar halus.
  5. Masukkan daun kari, cili merah dan bawang besar yang telah dipotong kecil dan lada hitam ke dalam adunan dhal. Perapkan lagi 1 jam.
  6. Apabila adunan telah kembang, sediakan satu bekas air. Basahkan tangan dan bulatkan adunan ke atas plastik. Kemudian, dileperkan serta dengan menggunakan jari, buat lubang di tengah-tengah.
  7. Goreng di dalam minyak dengan api sederhana. Goreng sehingga keperangan dan ulang sehingga adunan tadi habis.

ulunthu vadai 1

ulunthu vadai 2

ulunthu vadai 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [1, 2]

2. Rasa-Rasa Selera Puteri Manja (rasa2selera.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)