Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kek karamel merupakan gabungan kek dan puding karamel yang enak dinikmati ketika sejuk. Namun, rasa karamelnya tidak sama dengan karamel yang lazim.

Ia kerana karamel ini tidak mempunyai putih telur dan hanya menggunakan kuning telur. Manakala kesemua bahannya yang lain sama seperti puding karamel.

Kek karamel begitu lembut dan gebu selain mempunyai tekstur hampir seperti kek kapas (cotton cake). Bagi sesiapa yang mahu mencuba resepi ini, lebih baik jika letakkan pes pandan atau strawberi agar terdapat sedikit rasa pada kek.

Kek Karamel

Bahan-bahan A:

  • Gula pasir (2 sudu besar)
  • Susu cair (1 tin)
  • Gula pasir (80gm)
  • Esen vanila (1/2 sudu besar)
  • Telur (3 biji)

Bahan-bahan B:

  • Gula kastor (80gm)
  • Kuning telur (3 biji)
  • Air (135ml)
  • Minyak masak (45ml)
  • Tepung gandum (140gm)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)

Bahan-bahan C:

  • Putih telur (6 biji)
  • Gula kastor (80gm)
  • Krim tartar (cream of tartar) (1 sudu kecil)

Cara-cara penyediaan:

  1. Ratakan gula pasir di dalam loyang. Panaskan di atas api sehingga gula cair dan berwarna perang. Ketepikan.
  2. Kacau gula dan susu cair sehingga gula larut.
  3. Di dalam bekas berlainan, kacau 3 telur perlahan-lahan tanpa buih.
  4. Kacau telur dan susu sehingga sebati lalu dituang ke dalam loyang bersama gula tadi sambil ditapis. Ketepikan.
  5. Pukul semua bahan B sehingga naik 2 kali ganda. Ketepikan.
  6. Bahan C, pukul telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula dan cream of tartar. Pukul sehingga sebati.
  7. Satukan bahan B dan C. Kacau perlahan sehingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 3-4 bahagian dan letak warna kesukaan berbeza-beza setiap adunan.
  9. Masukkan adunan dengan senduk satu demi satu dengan warna yang berbeza untuk mendapatkan warna pelangi. Ulang sehingga habis adunan.
  10. Lorekkan adunan dengan lidi untuk membuat corak bunga.
  11. Bakar secara 'steam bath' pada suhu 160'c selama sejam mengikut ketuhar masing-masing.
  12. Selepas siap dimasak, terbalikkan kek dan siap untuk dihidang.

kek karamel 1

kek karamel 2

kek karamel 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Saha Rommizam [1, 2, 3, 4]

2. From Bakery 2 Embroidery (bakery2embroidery.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)