Oleh pada 23 Jun 2019 kategori

Hot plate tauhu Jepun merupakan sebuah hidangan kegemaran ramai kerana tauhunya yang lembut untuk dimakan. Biarpun lazimnya boleh ditemui di restoran sahaja, anda juga boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah jika mempunyai hot plate.

Kebiasaannya, terdapat mereka yang buat goreng sayur bawang dengan tauhu tersebut. Gorengkan dahulu supaya garing dan ia juga enak jika dimakan begitu sahaja.

Japanese Tauhu Hot Plate (Hot Plate Tauhu Jepun)

Bahan-bahan:

  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos tiram
  • Bawang besar
  • Bawang putih - dimayang
  • Halia - dimayang
  • Lobak merah
  • CIli merah - dihiris
  • Cendawan shitake
  • Isi ayam
  • Air (1/2 cawan) + tepung (3 sudu besar)
  • Jagung
  • Tauhu jepun
  • Telur (2 biji)
  • Daun bawang - dihiris

Cara-cara penyediaan:

1. Potong dadu bawang besar, cendawan shitake dan lobak merah.

2. Untuk tauhu jepun, potong kiub (bersaiz besar). Kemudian, pecahkan 1 biji telur, salutkan tauhu jepun tadi dengan telur dan goreng. Ketepikan.

3. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan goreng isi ayam.

4. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lobak merah, cili merah dan cendawan shitake. Tumis sehingga naik bau.

5. Masukkan setengah cawan air, kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Kuantiti terpulang kepada masing-masing.

6. Apabila telah mendidih, masukkan campuran air dan tepung jagung. Tutup api apabila sos telah menjadi pekat.

7. Di atas hot plate, pan atau kuali (non-stick pan) lain, sapukan sedikit minyak. Kemudian, pecahkan telur dan ratakan di permukaan dasar kuali.

8. Susun semula tauhu jepun yang telah digoreng tadi di atas telur.

9. Curahkan sos kicap yang telah dimasak tadi ke atas tauhu dan telur. Kemudian, taburkan daun bawang dan siap untuk dihidang.

hot plate tauhu jepun 1

hot plate tauhu jepun 2 958

hot plate tauhu jepun 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [12]

2. Vitamin Sihat (jomhidupsihat.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)