Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Oreo brownies merupakan sejenis pencuci mulut yang mempunyai rupa yang sedikit kurang cantik namun mempunyai rasa coklat dan kenyal. Seperti namanya, biskut jenama Oreo merupakan antara bahannya.

Menu ini sesuai untuk dibuat sebagai hidangan ketika minum petang atau majlis keramaian. Buat penggemar coklat di luar sana, anda tidak perlu risau kerana ianya senang untuk dihasilkan.

Oreo Brownies

Bahan-bahan A:

  • Gula (1 cawan)
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Serbuk penaik (1/4 sudu kecil)
  • Serbuk koko (1/3 cawan)
  • Garam halus (1/4 sudu kecil)

Bahan-bahan B:

  • Minyak sayur (vegetable oil) (1/2 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Telur saiz A (2 biji)
  • Biskut Oreo (15-20 keping) - dihancurkan

Cara-cara penyediaan:

  1. Kacau vegetable oil dan gula sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata.
  3. Masukkan semua bahan A dan adun sebati menggunakan pengadun.
  4. Masukkan 3/4 Oreo ke dalam adunan dan dikacau rata.
  5. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar (baking tray) berukuran 9x9 yang telah dialas dengan baking paper.
  6. Taburkan lebihan Oreo ke atas adunan.
  7. Panaskan ketuhar dengan suhu 160'c.
  8. Bakar adunan selama 20 minit atau sehingga brownies tidak melekat pada pencungkil gigi.

oreo brownies 2

oreo brownies 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Danish Harraz [1, 2, 3]

2. HaNa's FamiLy (hanamemories.blogspot.com) [1, 2]

3. SinaranMenu (sinaranmenu.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)