Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kek keju kapas Jepun (Japanese cotton cheesecake) mempunyai tekstur yang gebu dan rasa yang tidak terlalu sarat dengan keju krim (cream cheese) serta tidak terlalu manis. Ini menjadikannya tidak muak untuk dimakan.

Jika anda pernah cuba membuat kek ini, hasilnya mungkin tidak segebu yang dibeli di kedai bakeri dan seakan-akan mendap apabila sejuk. Anda perlu melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap kaedah penyediaannya supaya ia kekal gebu biarpun telah sejuk dan teksturnya tidak kering.

Kek Keju Kapas Jepun (Japanese Cotton Cheesecake)

Bahan-bahan:

  • Cream cheese (250g)
  • Kuning telur (6 biji)
  • Gula kastor (70g)
  • Mentega (60g) - dicairkan
  • Susu segar (100ml)
  • Jus lemon (1 sudu besar)
  • Kulit parutan lemon (1 sudu kecil)
  • Tepung kek (60g) - diayak
  • Tepung jagung (20g) - diayak
  • Garam (1/4 sudu kecil)
  • Esen vanila (2 sudu kecil)
  • Putih telur (6 biji)
  • Krim tartar (1/4 sudu kecil)
  • Gula kastor (70g)

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan cream cheese sehingga lembut secara double boiler di dalam periuk.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan gula dan kacau.
  4. Kemudian, masukkan susu segar dan mentega.
  5. Masukkan esen vanila, garam, jus lemon dan parutan lemon. Kemudian, kacau.
  6. Padam api dan alihkan periuk dari double boiler.
  7. Masukkan tepung kek dan jagung. Kacau sehingga betul-betul sebati tanpa berketul-ketul. Ketepikan.
  8. Di dalam mangkuk lain dengan menggunakan pengadun, pukul putih telur sehingga berbuih.
  9. Masukkan tartar dan garam. Pukul dengan kelajuan tinggi.
  10. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga bertanduk (stiff peak).
  11. Masukkan adunan tepung tadi sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama, kacau secara perlahan sehingga sebati.
  12. Alas dulang pembakar (baking tray) dengan kertas pembakar (baking paper) tanpa perlu digris sisi baking tray.
  13. Panaskan ketuhar dengan suhu 160'c.
  14. Curah adunan ke dalam baking tray dan bakar secara water bath (air panas) selama 70-80 minit mengikut ketuhar masing-masing.
  15. Selepas dibakar, buka sedikit pintu ketuhar dan biarkan selama 10 minit sehingga kek merenggang dari sisi baking tray.
  16. Terbalikkan kek dari baking tray. Biarkan sejuk sedikit atau boleh simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidang.

japanese cotton cheesecake

japanese cotton cheesecake 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Azira Ismail [1, 2]

2. Mamadee's Kitchen (honeydeekitchen.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)