Char kway teow adalah sebuah hidangan terkenal di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow yang leper dengan lebar sekitar 1 cm. Ia digoreng menggunakan api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.

Mengikut citarasa setempat, hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain kadang-kadang dimasukkan. Pada asalnya, lemak khinzir digunakan untuk mewujudkan rasa tersendiri. Sekarang, ia kebiasaannya dimasak menggunakan minyak biasa.

Terdapat banyak versi char koay teow telah direka yang lazimnya dijumpai di Pulau Pinang. Ada yang dicampurkan dengan telur itik untuk memperkayakan rasanya dan daging ketam untuk menambahkan manisnya.

Char Kuey Tiaw

char kuey tiaw

Bahan untuk pes:

  • CIli giling (250g)
  • Bawang besar (250g) - dikisar
  • Minyak bijan (75ml)
  • Bawang putih (25g) - dikisar
  • Sos cili (125g)
  • Sos tomato (125g)
  • Sos tiram (125g)
  • Sos lada hitam (125g)
  • Serbuk pati ikan bilis (75g)
  • Kicap lemak manis (125g)
  • Gula pasir (100g)
  • Garam kasar (2 1/2 sudu besar)
  • Cuka makan (40ml)
  • Minyak masak (40ml)

Bahan untuk char kuey tiaw:

  • Kuey tiaw (80g)
  • Air (160ml)
  • Cili giling (1 sudu kecil)
  • Kucai
  • Togeh
  • Telur (1 biji)
  • Udang saiz sederhana (3 ekor)

Cara-cara membuat pes:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili giling, bawang besar, minyak bijan dan bawang putih. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan pes tadi dan kacau sehingga pekat. Tutup api dan simpan.

Cara-cara membuat char kuey tiaw:

  1. Masukkan 4 sudu minyak di dalam kuali dan kuatkan api.
  2. Masukkan cili giling, 3-5 sudu pes (ikut citarasa) dan air. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan kuey tiaw dan kucai. Kemudian, masukkan telur dan kacau 2-3 kali.
  4. Apabila kuah telah mendidih dan sedikit pekat, masukkan taugeh dan terus tutup api. Siap untuk dihidang.

char kuey tiaw 1

Kredit foto: Waniey Saad (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

char kuey tiaw 2

Kredit foto: Alang Outer (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

char kuey tiaw 3

Kredit foto: Nouvelle Nour (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Yusuf Yaacub [1, 2]

2. Wikipedia Char Kway Teow



Hakcipta iluminasi.com (2017)