Oleh pada 30 Jun 2019 kategori

Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa masakan mamak dari Pulau Pinang tidak sama dengan masakan dari India atau masakan Chennai. Malah, ia hanya boleh diperolehi di negara kita. 

Keenakan rasa masakan warisan ini sering dibayangi oleh minyak tebal yang menyelaputinya di permukaan hidangan. Minyak berlebihan tersebut bertujuan sebagai pengawetan makanan (food preservation).

Akan tetapi, minyak tersebut sama sekali tidak berfungsi untuk menambah kualiti rasa hidangan ini. Oleh itu, ia perlu dielakkan bagi menjaga kesihatan.

Daging Masak Kandar

daging masak kandar

Kredit foto: Suzana Raman (Gambar bukan menggunakan resepi di bawah)

Bahan-bahan A:

  • Daging (1kg)
  • Bawang kecil (20 ulas) - dimayang

Bahan-bahan B (direndam sehingga kembang):

  • Jintan manis (1 sudu besar)
  • Jintan putih (1 sudu besar)
  • Kulit kayu manis (1 batang)
  • Bunga lawang (4 kuntum)
  • Buah pelaga (7 biji)
  • Bunga lawing (10 kuntum)

Bahan-bahan C:

  • Lada kering (15 tangkai) - direbus
  • Bawang besar (1 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Halia (2 inci)

Bahan-bahan D:

  • Rempah kari (3 sudu besar)
  • Sos tomato (1 cawan)
  • Kicap pekat (1 cawan)
  • Kerisik (2 sudu besar)
  • Daun kari (5 helai)
  • Kiub ayam
  • Gula
  • Garam
  • Bawang besar (1 biji) - dipotong bulat

Cara-cara penyediaaan:

  1. Kisarkan bahan B dan C.
  2. Tumis bawang kecil bersama daun kari.
  3. Masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan rempah kari, sos tomato, kicap pekat, kiub ayam dan daging. Kecilkan api dan biar sehingga daging masak.
  5. Tambah gula dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat dan siap untuk dihidang.
  7. Akhir sekali, apabila ayam sudah empuk, boleh masukkan tomato dan siap untuk dihidang.

daging masak kandar 1

Kredit foto: Nor Aishah Abdullah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

daging masak kandar 2

Kredit foto: Shikin Sadinan (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

daging masak kandar 3

Kredit foto: Sharifah Al-Qadry (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Nur Asyitah

2. Perniagaan Katering & Restoren (balannambiar.wordpress.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)