Oleh pada 23 Jun 2019 kategori

Kali ini kami akan berkongsikan resepi ayam goreng mamak iaitu salah satu menu wajib setiap kali berkunjung ke restoran mamak.

Antara tip mudah untuk menggoreng ayam ialah saiz potongan ayam hendaklah sama. Masukkan bahagian ayam yang sama ketika menggoreng.

Goreng ayam dengan pot yang dalam (tinggi) bagi gorengan yang banyak. Apabila minyak tidak terdedah dengan oksigen, minyak dapat dijimatkan. Isi minyak hanya 1/3 bahagian sahaja.

Anda perlu menentukkan suhu gorengan selalu stabil dengan menggunakan sebuah jangkasuhu (thermometer). Jika minyak sangat panas, masukkan minyak baru sedikit supaya suhu minyak turun.

Setelah digoreng, pastikan minimum 10 minit diletakkan di tapisan minyak atau di atas kitchen towel. Jika hasil ayam goreng lama berada di luar sebelum hidangan, masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 200 F. 

Sebaik gorengan pertama dikeluarkan, jangan terus masukkan gorengan kedua. Tunggu supaya minyak menjadi panas. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan minyak panas kerana ia merupakan bahan mudah terbakar.

Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan A:

  • Ayam (1/2 ekor)
  • Bawang putih (5 ulas) - ditumbuk
  • Halia (1 inci) - ditumbuk
  • Ketumbar (1 1/2 sudu besar) - disingai dan dikisar
  • Jintan manis (1 1/2 sudu besar) - disingai dan dikisar
  • Tepung gandum (1 1/2 sudu besar)
  • Tepung beras (1 1/2 sudu besar)
  • Pewarna merah (sedikit)
  • Daun kari
  • Serbuk kari (1 1/2 sudu besar)
  • Serbuk kunyit (1 1/2 sudu besar)
  • Gula 
  • Garam

Bahan-bahan B:

  • Bawang besar (1 biji) - dipotong bulat
  • Daun kari (sedikit)
  • Cili merah (1 biji) - dipotong 6
  • Cili api (2 biji)
  • Daun ketumbar (sedikit)
  • Gajus - pilihan

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan semua sehingga rata. Tambah gula dan garam sedikit.

2. Lumurkan kepada ayam dan perap selama sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.

3. Selepas perap, goreng ayam dalam api sederhana sehingga hampir goreng. Ketepikan.

4. Tumiskan semua bahan B kecuali daun ketumbar sehingga naik bau.

5. Masukkan sedikit garam dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

6. Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

ayam goreng mamak 1

ayam goreng mamak 2

ayam goreng mamak 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [12]

2. Perniagaan Katering & Restoren (balannambiar.wordpress.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)