Oleh pada 30 Nov 2019 kategori

Ultimate chocolate chip cookie merupakan sejenis biskut cip coklat yang mempunyai bau harum semerbak. Ia juga boleh dijadikan sebagai kuih raya.

Ia mempunyai gabungan rasa rangup berserta cip coklat yang enak. Untuk rasa yang lebih sempurna, anda boleh tambahkan badam yang telah dipanggang dan kuaci.

Ultimate Chocolate Chip Cookie

Bahan-bahan:

  • Mentega (1 cawan) - lebih kurang 230gm)
  • Gula kastor (3/4 cawan)
  • Gula perang (3/4 cawan)
  • Telur gred A (1 biji)
  • Esen vanila (1 1/2 sudu kecil)

Bahan-bahan yang perlu diayak:

  • Tepung gandum (2 1/4 cawan)
  • Soda penaik (baking soda) (1 sudu kecil)
  • Garam halus (1/2 sudu kecil)
  • Cip coklat (chocolate chip) (2 cawan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Adun mentega, gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang sedikit dan sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak.
  3. Masukkan chocolate chip. Anda juga boleh tambah kacang jika suka.
  4. Dengan menggunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.
  5. Panaskan ketuhar.
  6. Bakar dengan suhu 180'c selama 10-15 minit sehingga perang.
  7. Selepas dibakar, biarkan dahulu di atas baking paper selama 3 minit sebelum dimakan atau disimpan ke dalam bekas.

Tips:

  • Jika ingin biskut lebih rangup, bakar selama 15-18 minit.
  • Untuk mendapatkan biskut yang lebih sedap, gunakan chocolate chip berkualiti atau yang diimport.
  • Untuk rasa lebih sedap dan tahan lama, boleh gunakan mentega premium jenama SCS atau Tatura.
  • Boleh juga gantikan esen vanila dengan coffee oil atau butter oil.

ultimate chocolate chip cookie 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Zakiah Zainudin [1, 2]

Sumber informasi:

1. Hezreen Hisham [1, 2]

2. Azuwa Zaini [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)