Oleh pada 14 Feb 2017 kategori

Orang Malaysia memang gemarkan Char Kuetiau / Char Kuey Teow, makanan berasaskan mi yang berasal dari Pulau Pinang. Ada pelbagai jenis resepi char kuetiau - ada yang digoreng kering mengikut cara kaum Cina, ada juga resepi versi kaum Melayu yang pedas dan sedikit berkuah. 

Kali ini kami kongsikan resepi yang diolah daripada Puan Jamiah Tulisman ini. Memang sedap!

Mula-mula sediakan sos CKT

2 liter air (kalau guna air rebusan udang lagi POWER)

2 sudu besar Maggi Cukup Rasa

3 sudu besar sos tiram

7 sudu besar sos ikan

7 sudu besar kicap pekat 

1/3 cawan kicap manis

1 cawan sos cili

sos char kuetiau sedap

Sos ini tidak perlu dimasak. Hanya campur dan kacau kesemua bahan sehingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk menggunakan bekas yang bertutup. Sos CKT ini cukup sehingga 4 kali masak dan tahan lama.

Bahan untuk masak CKT

500 gm kuetiau halus

2 cawan sos CKT

2 sudu besar cili kisar / cili giling / cili boh

2 biji telur

1/2 sudu besar gula

5 ulas bawang putih (ketuk)

1/2 ulas bawang besar (hiris halus)

Udang (mengikut citarasa)

Taugeh (mengikut citarasa)

3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan tambahan (optional):

Kerang*

Fishcake*

Fishball*

Sayur sawi

Sayur kucai

Limau nipis

Cili jeruk

Sekarang bolehlah mula memasak!

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, tumis sehingga garing.

    char kuetiau mudah sedap

  4. Tuang sos CKT dan biarkan sehingga mereneh.
  5. Apabila sudah mereneh, pecahkan telur. Biarkan seminit kemudian kacau rata.
  6. Masukkan udang (atau bahan optional lain yang bertanda *) dan gula.

    char koay teow char kuetiau

  7. Setelah udang masak, masukkan kuetiau dan gaul sehingga sebati.

    char koay teow power 1

  8. Akhir sekali masukkan taugeh dan tutup api. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan bersama limau nipis atau cili jeruk.

    taugeh char kuetiau koay teow sedap mudah

char koay teow power sedap mudah 853 Amacam? Terliur tak? 

Sekiranya anda suka pedas, bolehlah lebihkan cili kisar semasa menumis. Resepi ini tidak memerlukan garam kerana sos CKT sudah mengandungi perisa secukupnya.

Selamat mencuba!




Hakcipta iluminasi.com (2017)