Oleh pada 05 Sep 2018 kategori

Bahan kuah kicap (hidangan untuk 8 orang)

  • 1 1/2 senduk kicap pekat
  • 1 senduk sos cili
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk otak udang
  • 1800ml air rebusan udang
  • 3 sudu gula
  • 4 sudu garam
  • jika nak masukkan aji terpulang, pemilik resepi tidak masukkan
  • masukkan semua bahan masak sehingga mendidih
  • 4 sudu chicken stock/cukup rasa permintaan kuah banjir
  • sukatan untuk periuk saiz kecil

Bahan tumis:

  • 1 biji bawang besar & 4 ulas bawang putih (kisar keduanya masukkan dalam 1 bekas)
  • segengam cili kering rebus & kisar
  • 3/4 ekor udang
  • sejemput kerang
  • semangkuk kuey teow
  • kucai dipotong 2 inci
  • sejemput taugeh
  • sebiji telur

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali. Masukkan 3 sudu minyak masak.
  2. Masukkan udang. Masak menggunakan api besar sampai garing.
  3. Masukkan 1 sudu bawang dan 1 sudu cili kering. Tips: Sengetkan kuali dan api akan menyambar. Ia buat sedap kerana rasa hangit-hangit.
  4. Masukkan 4 senduk kuah kicap. Apabila kuah mendidih, masukkan kuey teow, kucai dan taugeh. Kacau 2 3 kali. Perlahankan api.
  5. Pecahkan telur. Kacau sebati. Terus tutup api. Jangan lama, nanti kuah kering.
  6. Siap untuk dihidang.

Bahan cili jeruk:

  • lada hijau hiris
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • cuka masak 1 botol
  • 1 cawan air panas

Cara membuat:

  • Campur semua bahan dan siap.

Sumber: Fiza Samiat




Hakcipta iluminasi.com (2017)