Tempura merupakan hidangan Jepun berupa makanan laut, sayur-sayuran, atau ulam yang dicelup ke dalam adunan berupa tepung gandum dan kuning telur yang dicairkan dengan air bersuhu dingin sebelum digoreng dengan minyak goreng yang banyak sehingga berwarna kuning muda.

Tempura juga bererti cara menggoreng yang berlainan dengan furai (istilah bahasa Jepun bagi goreng celup). Bahan makanan yang digoreng secara tempura dicelup ke dalam adunan tempura, manakala bahan makanan yang digoreng secara celup dibungkus secara berurutan dengan tepung gandum, pukulan telur dan tepung jagung. 

Minyak goreng yang dipakai bagi menggoreng tempura seeloknya minyak goreng yang bersih dan belum dipakai bagi menggoreng bahan makanan lain. Di restoran kelas atasan yang menyajikan menu tempura, campuran minyak wijen yang harganya mahal dan minyak biji kapas selalu digunakan bagi menggoreng tempura. Minyak bunga Camellia yang dipakai pemain Sumo sebagai minyak rambut turut dipakai di beberapa restoran mahal bagi menggoreng tempura. 

Minyak goreng yang digunakan bagi menggoreng tempura selalu dipanggil minyak tempura (tempura abura) yang merupakan sebutan bagi pelbagai jenis minyak goreng seperti minyak canola, minyak selada, dan minyak bunga matahari. 

Sotong Tempura

sotong tempura

Bahan-bahan A:

  • Tepung beras (1/2 cawan) 
  • Tepung gandum (1/4 cawan)
  • Kuning telur (sebiji)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Mustard powder (1/4 sudu kecil) - pilihan
  • Lada sulah (1/4 sudu kecil) - pilihan
  • Kiub ayam (1/2) - dihancurkan

Bahan-bahan B:

  • Sotong (1 mangkuk)
  • Air sejuk (1/2 cawan) - berais
  • Lemon/limau nipis (sepotong)
  • Marjerin (2 sudu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuhkan semua bahan-bahan kecuali sotong, lemon dan marjerin. Kacau sehingga sebati.
  2. Perahkan lemon/limau ke dalam bancuhan tepung.
  3. Buang ais dan masukkan air sedikit demi sedikit, sehingga bancuhan tepung mengalir perlahan di atas sudu.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, kemudian masukkan marjerin ke dalam kuali.
  5. Celup sotong ke dalam bancuhan tepung satu per satu dan terus digoreng dalam minyak panas.
  6. Goreng lebih kurang 1 minit dan siap dihidang.

Tips:

✔ Susun sotong ke atas tisu dapur terlbih dahulu dan tekan tisu dapur tersebut ke atas sotong sehingga kering dari air sotong.

✔ Semasa bancuhan tepung, letak air sedikit demi sedikit, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Uji menggunakan sudu, pastikan bancuhan tepung melekat pada susu tetapi masih mengalir untuk mendapatkan kepekatan yang betul. 

sotong tempura 1

sotong tempura 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Yuss Aisya [1, 2

2. Wikipedia Tempura



Hakcipta iluminasi.com (2017)