Oleh pada 18 Aug 2018 kategori

Bahan-bahan:

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapor
  • 3 sudu tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja dan tapis). Pastikan tempurung yang digunakan bersih.
  • Air 1 liter lebih (lihat pada kepekatan)
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan di atas dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu sebelum buka api. Setelah semua sebati, pastikan kacau dan buka api yang sederhana. Teruskan kacau sehingga likat.

2. Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang sudah siap tadi. Apabila sudah sejuk, potong dan gulingkannya dalam kelapa parut (muda) yang digaul bersama sedikit garam.

3. Tempurung bakar pastikan tumbuk dan letak air tapis dengan kain. Jika tidak, boleh beli serbuk arang di bakery. 

Sumber: Norfuzi Binti Bidin‎




Hakcipta iluminasi.com (2017)