Oleh pada 07 Jul 2020 kategori

Kuih koci santan ini lain dari yang lain kerana tidak perlu dikukus. Daun pisang yang digunakan kekal segar dan cantik. 

Untuk rasa yang lebih enak, pemilik resepi membuat sendiri tepung pulut hitam dengan mengisarkan beras pulut hitam sebelum diayak. Jika mahu, tepung pulut hitam buatan sendiri ini juga boleh diletakkan lebih anggaran 30g ke 35g.

Kuih Koci Santan

Bahan A (doh):

  • Tepung pulut (250g)
  • Tepung pulut hitam (25g)
  • Santan (250g)
  • Garam (3g)

Bahan B (inti):

  • Air (150g)
  • Gula kabung (135g)
  • Gula pasir (100g)
  • Kelapa parut (325g)
  • Daun pandan (3 helai)

Bahan C (sos putih):

  • Santan (440g)
  • Tepung beras (20g)
  • Tepung gandum (10g)
  • Garam (4g)
  • Daun pisang

kuih koci santan 3

Cara-cara membuat:

  1. Sediakan inti terlebih dahulu. Masukkan bahan B ke dalam kuali dan masak sehingga kering.
  2. Sediakan sos putih. Masukkan bahan C ke dalam periuk. Masak sehingga pekat, dengan api sederhana, kacau perlahan-lahan.
  3. Sediakan doh. Masukkan bahan A dan adun sehingga sebati.
  4. Ambil sedikit doh dan inti, masukkan inti ke dalam doh dan bulatkan doh. Ulang proses sehingga siap.
  5. Didih air bersama daun pandan dan masukkan doh. Setelah doh timbul, toskan. Masukkan ke dalam sos putih.
  6. Bungkus dengan daun pisang. Siap untuk dihidang.

kuih koci santan 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Asmah Mohamad Ali [1,  2]

Sumber informasi: Yun Ardani [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)