Oleh pada 30 Jun 2019 kategori

Kuih kastard merupakan sejenis kuih yang mempunyai pelbagai nama seperti karipap kastard, apam suri, kuih toyo, apam Penang, apam sua, apam Tokyo dan lain-lain. Ia enak jika dimakan ketika sejuk selepas diletakkan di dalam peti ais.

Kuih ini mempunyai beberapa versi seperti berintikan kelapa dan jem strawberi. Ada juga yang mencadangkan supaya jagung tin ditambah sedikit ke dalam inti tersebut untuk menambah keenakan kuih ini. Bagaimanapun, ia biasanya sukar didapati kecuali pada bulan Ramadhan.

Kuih Kastard (Karipap Kastard)

kuih kastard

Bahan-bahan untuk kulit:

  • Tepung gandum (150g)
  • Air (250g)
  • Eno (1 paket kecil) - 4.3gm 
  • Pewarna kuning (sedikit)

Bahan-bahan untuk inti:

  • Susu cair (250g)
  • Tepung kastard (1 sudu besar) - 10gm
  • Tepung jagung (1 sudu besar) - 10gm
  • Gula pasir (4 sudu besar)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Garam (1/4 sudu kecil)

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan tepung dengan air, kacau sehingga sebati dan tapiskan adunan ke dalam mangkuk untuk mendapatkan tesktur yang halus.

2. Tambahkan pewarna kuning dan masukkan Eno. Kacau sebati sehingga buih-buih dari Eno menghilang. Ketepikan 15-25 minit.

3. Larutkan tepung jagung, tepung kastard dan susu cair.

4. Satukan semua bahan inti di dalam periuk dan masak sehingga inti menjadi pekat. Sejukkan seketika.

5. Panaskan kuali leper dengan api perlahan. Menggunakan senduk kecil, ratakan adunan tepung di atas kuali bentuk bulat. Apabila permukaan tepung kelihatan gelembung-gelembung kecil, boleh diangkat. Anggaran lebih kurang 2-3 minit, tidak perlu diterbalikkan.

6. Selepas diangkat, terus letak inti, lipat dua dan picit bagi melekat tepi kulit. Kemudian, tekan menggunakan garfu.

apam suri 1

Apam suri dengan inti kastard durian. Kredit foto: Mas Cotek‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

apam suri 2

Apam suri dengan inti jagung, pandan dan seri kaya. Kredit foto: Hasmina Hamid‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

apam suri 3

Apam suri dengan inti kastard jagung. Kredit foto: Alang Outer‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Sumber: Kak Lina Kassim [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)