Oleh pada 21 Mar 2019 kategori

Kuih nagasari adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia turut boleh dijumpai di Indonesia.

Orang Bugis menyebutnya sebagai kuih bandang-bandang.

Kuih nagasari adalah sejenis kuih yang dihasilkan menggunakan tepung beras dan dicampur dengan pisang nangka. Kuih ini lalu dimasak dengan cara dikukus.

Pada zaman sekarang, ia kurang dikenali ramai disebabkan jarang dibuat untuk dijual.

 

Kuih Nagasari Jagung

 

Bahan-bahan:

  • Tepung hon kwee (1 paket)
  • Jagung whole kernel (1 tin) - ditapis buang air
  • Santan pekat (250ml) - pakai kara untuk mudah
  • Air (650ml)
  • Gula (170gm)
  • Esen pandan (1/2 sudu teh)
  • Garam (secubit) - untuk rasa lemak

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali jagung. Kacau sehingga sudah agak sedikit pekat, baru masukkan jagung. Kacau lagi sehingga pekat dan likat.

2. Tutup api dan boleh bungkus menggunakan daun pisang atau plastik.

Tips: Pemilik resepi mengikut cara koboi, masukkan dalam acuan kuih lompang kerana tiada daun pisang.

 

Nota:

✔ Pemilik resepi lazimnya dua kali gandakan (double) adunan dan menggunakan 1 tin jagung whole kernel dan 1 corn cream.

✔ Jika tukar jagung kepada cendol juga lazat. Ikut kreativiti untuk memvariasikannya.

 

Kuih Nagasari Versi Kukus

kuih nagasari versi kukus

 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (2 cawan)
  • Gula (5 sudu) - jika mahu manis, tambah lagi
  • Santan (6 cawan)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Pisang - pemilik resepi guna pisang asam
  • Daun pisang

 

Cara penyediaan:

1. Masuk semua ke dalam periuk kecuali pisang masak di atas api yang kecil. Kacau sehingga pekat likat.

2. Setelah suam, bungkus dengan daun pisang dan letak pisang di tengah-tengah tepung tersebut.

Tips: Pisang tersebut dibelah dua oleh pemilik resepi.

3. Kukus selama 10 minit dan boleh dimakan apabila telah sejuk.

 

Sumber:

1. Zura Abdullah [1, 2]

2. Amy Hilmi [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Nagasari




Hakcipta iluminasi.com (2017)