Oleh pada 14 Apr 2019 kategori

Nian gao atau kuih bakul dalam bahasa Melayu merupakan hidangan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum dibentukkan seakan seperti dodol.

Meskipun kuih ini boleh dinikmati sepanjang masa, secara tradisi kuih ini paling sering dinikmati semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Menikmati kuih bakul dipercayai mendatangkan tuah ketika waktu perayaan ini disebabkan namanya: "nian gao" dimana perkataan gāo bererti 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi serupa seperti perkataan gāo​ bererti 'tinggi' melambangkan erti "tahun demi tahun semakin tinggi" (niánnián gāoshēng) atau mafhum ringkasnya, "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Meskipun banyak jenisnya, tetapi semuanya berkongsi ramuan pulut serupa yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan dan bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula bagi mengukuhkan ramuannya.

Terdapat banyak jenis kuih bakul termasuklah jenis-jenis yang diperolehi dalam masakan Shanghai dan masakan Kantonis dari Guangdong.

Lazimnya kuih ini disusun menaik dengan kuih berbentuk mengkuk berwarna merah di bahagian atasnya. Ini merupakan sebagai simbol kehidupan manis yang makin menanjak dan mekar seperti kue mangkok.

Nian gao or thnii kuih atau tiam kuih disajikan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia and Thailand. 

Oleh kerana keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya boleh tahan disimpan lama sehingga berbulan-bulan jika disimpan atau disejukbeku dengan baik bagi dimakan lagi.

Kuih bakul sering digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, ia dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini. 

 

Kuih Bakul

 

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut (500gm) - sebungkus
  • Gula pasir (190gm)
  • Gula merah (400gm)
  • Air (500ml)
  • Santan (200ml)
  • Daun pisang (beberapa helai)

 

Cara-caranya:

1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.

2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.

5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang. Pastikan ia melebihi bahagian atas tin supaya senang mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).

6. Didihkan air dan kecilkan api.

7. Tuangkan adunan ke dalam tin dan kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.

Tips: Penutup kukus perlu dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin, kain kasa atau pembalut aluminium supaya wap air tidak meniti ke atas kuih.

kuih bakul 1

 

Sumber:

1. Hidjrah Ali [1, 2]

2. Wikipedia Nian Gao




Hakcipta iluminasi.com (2017)