Oleh pada 16 Jan 2020 kategori

Hummus merupakan sejenis makanan yang berasal dari Timur Tengah yang lazimnya diperbuat dari kacang kuda dan bijan. Ia sedap dicicah dengan roti kering. 

Anda juga boleh menaburkan sedikit daun ketumbar sebelum makan. Untuk rasa lebih enak, ia juga boleh dinikmati dengan buah zaitun.

Hummus

Bahan-bahan:

  • Kacang kuda (1 tin) - lebih kurang 400gram
  • Kacang kuda (lebih kurang 400gram) - direbus sendiri
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bijan panggang (roasted sesame) - telah dikisar
  • Minyak zaitun (olive oil)
  • Perahan lemon (1 biji)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kacang kuda ke dalam pengisar dan kisar sekali dengan air dalam tin tersebut.
  2. Masukkan bawang putih dan kisar.
  3. Masukkan bijan panggang yang telah dikisar dan kisarkan.
  4. Masukkan minyak zaitun dan kisar.
  5. Masukkan perahan lemon dan kisar. Boleh rasa untuk mengetahui sama ada ia sedap atau tidak serta cair atau pekat.
  6. Kemudian, masukkan kacang kuda yang direbus sendiri.
  7. Masukkan lagi perahan lemon dan minyak zaitun untuk seimbangkan rasa. Kemudian, kisar buat kali terakhir.
  8. Masukkan dalam bekas, corakkan dan curahkan minyak zaitun ke atas hummus. Siap.

Tips:

  • Anda juga boleh gunakan dua tin kacang kuda (chickpeas) terus.
  • Anda juga boleh gunakan kacang kuda yang direbus sendiri sahaja.
  • Anda juga boleh campurkan semua bahan-bahan dan kisar sekaligus.
  • Ubahsuai rasa lemon dan minyak zaitun sehingga dapat rasa yang dimahukan. Pastikan guna minyak zaitun untuk perisa (flavoring), baru rasanya naik.

hummus 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Emy Mellisa Mohd Kasim [1, 2]

Sumber informasi:

1. Lisa Ho [1, 2]

2. Habibah Badar Bajrai [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)