Oleh pada 22 Mar 2019 kategori

Kuih kapit atau juga dipanggil sebagai apit-apit, kuih semprong, kuih sapit, kuih sepit, kuih gulong, kuih Belanda dan rokok Arab, adalah sejenis kuih tradisional Melayu dan Peranakan.

Kuih kapit telah lama dihasilkan dan terdapat secara meluas di pelbagai negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Kuih kapit menunjukkan kaitan jajahan antara Indonesia dan Belanda, seperti yang lazim dijumpai di sebahagian besar kota besar di Indonesia.

Ia dipercayai berasal dari wafer roti telur Belanda. Belanda memiliki sebuah pelbagai jenis biskut termasuk biskut wafer nipis yang mirip dengan kuih kapit.

Pelbagai teknik biskut dan kek telah diwariskan kepada orang Melayu oleh Belanda, Inggeris, dan Portugis. Biskut-biskut ini barangkali dibawa ke bahagian-bahagian Malaysia dan Singapura dari Pulau Pinang dan Melaka oleh Peranakan Cina yang, tanpa mengetahui nama snek Belanda yang mereka hadapi, cuma memanggilnya kuih Belanda atau apit-apit.

Biarpun sekarang ia adalah makanan tradisi kaum Cina, hakikatnya kuih ini turut disukai masyarakat berbilang kaum di nega­ra ini.

Terdapat dua versi kuih kapit, iaitu kuih kapit gulung (rokok arab) dan kuih kapit lipat (dilipat tiga segi - kuih sepit). Di Brunei, ia disebut sebagai sapit.

 

Kuih ini merupakan antara hidangan penyeri semasa dan selepas majlis makan besar pada malam Tahun Baru Cina. Ia merupakan menu ringkas yang dibuat sebagai pemanis mulut yang disaji bersama teh panas.

Suatu ketika dahulu, kuih kapit cuma dibuat ketika hari penting, namun sekarang kuih kapit banyak dibuat untuk jualan harian.

Ia merupakan kuih kering dan tahan lama, namun perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Sekarang, kuih kapit dijual secara meluas bahkan dapat ditempah melalui internet bagi tujuan borong.

 

Kuih Kapit Goreng

 

 

Kredit foto: Siti Zahrah Mohd Fakhri‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:   

  • Tepung beras (500g) - 1 paket
  • Gula (secawan) - manis buah
  • Telur (3 biji)
  • Santan
  • Garam (secubit)

 

Cara menggoreng:

1. Campurkan bahan-bahan tadi. Letakkan garam (tiada dalam gambar) dan santan (agak-agak). Jangan letak semua, nanti tidak jadi.

2. Kacau sehingga tepung tiada biji-biji (rujuk gambar) .

kuih kapit goreng 1

3. Apabila biji-biji telah tiada, ia sedia untuk digoreng.

4. Panaskan minyak. Apabila minyak sudah betul-betul panas, baru boleh masukkan kapit. Apabila kapit telah panas, baru boleh goreng tepung. 

  

kuih kapit goreng 2

 

Kuantiti ini yang diperolehi hasil menggunakan 1 paket tepung

   

Tips: Jangan basuh kapit dengan air, lap menggunakan minyak masak sahaja. Jika ia dicuci menggunakan air, tepung akan melekat. 

 

Sumber:

1. Cahaya Ara Ixora [12]

2. Wikipedia Apit-Apit




Hakcipta iluminasi.com (2017)