Oleh pada 05 Apr 2019 kategori

Cream horn adalah sebuah pastri yang dibuat dengan pastri lapis atau berkelopak dan krim putar. Meringue horn merupakan versi alternatifnya yang dibuat dengan meringue.

Bentuk tanduknya dibuat dengan menggulung jalur pastri yang bertindih di sekitar sebuah acuan kon. Setelah dibakar, sesudu penuh jem atau buah ditambah dan pastri tersebut kemudiannya diisi dengan krim putar.

Pastri ini juga boleh dibasahkan dan ditaburkan dengan gula sebelum dibakar untuk hasil yang lebih manis dan rapuh. 

 

Cream Horn Kastard Berkrim

Rangup di luar dan rasa berkrim filling kastard dan krim segar membuatkannya seperti aiskrim

 

Bahan-bahan:

  • Puff pastry (2 paket) - jenama Kawan, saiz 4 (40gm x 10pcs)

Tips: Boleh juga jika mahu guna saiz 8

  • Telur (1 biji) - dipukul
  • Pewarna oren - untuk cream horn bentuk lobak merah
  • Acuan cream horn (secukupnya)

Tips: Pemilik resepi buat sendiri sahaja acuan menggunakan 'aluminium foil'. Balut pada jari telunjuk dan jadikan bentuk kon.

 

Cara penyediaan:

1. Ambil sekeping puff pastry, potong kepada 8 bahagian dan canai nipis.

2. Kemudian, lilitkan pada hujung acuan dan sapu sedikit telur supaya ia melekat. Lilit sehingga habis.

3. Sapu telur pada keseluruhan horn dan salut dengan crumble.

➡ Untuk buat bentuk lobak merah, tidak perlu salut crumble. Hanya sapu telur yang dicampur dengan pewarna oren.

4. Bakar api atas bawah dengan suhu 180•c selama 20 minit sehingga keemasan. Bergantung kepada ketuhar masing-masing.

➡ Selalu periksa dan perhatikan supaya tidak hangus.

5. Sejukkan dan keluarkan horn daripada acuan.

 

Crumble

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (50gm)
  • Serbuk badam (50gm)
  • Mentega (50gm) 
  • Gula pasir (50gm)

 

Cara penyediaan:

Satukan semua bahan-bahan. Gaul dan ramas menjadi seperti serbuk roti.

 

Krim Kastard

 

Bahan-bahan:

  • Susu segar (2 cawan)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Tepung kastard (1/2 cawan)
  • Telur A (2 biji)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Pewarna kuning (sedikit)
  • Mentega (2 sudu besar)
  • Krim putar bukan tenusu/krim segar (non dairy whip cream/fresh cream) (1 1/2 cawan) - optional

Tips: Dipukul sehingga kental dan bertanduk. Ia digunakan untuk dapatkan rasa berkrim seperti aiskrim.

 

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali mentega. Kacau dahulu sebati dan masak di atas api sederhana kecil sehingga pekat dan likat.

2. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan dan bungkuskan (wrap) permukaannya dengan plastik supaya tidak berkepala atau berkerak.

3. Pukul krim putar sehingga kental (overheat) dan masukkan filling kastard tadi. Pukul lagi sehingga sebati.

 

Tips:

➡ Pemilik resepi simpan filling dalam peti ais semalaman, kemudian baru picitkan ke dalam horn.

➡ Untuk cream horn bentuk lobak merah, selepas picit filling, cucuk dengan daun sup, saleri atau pudina.

cream horn kastard berkrim viral 1

 

Nota:

✔ Hidangan ini boleh dibuat berbentu lobak merah atau siput.

✔ Hidangan ini enak dimakan ketika panas dan sejuk. Biarpun sudah sejuk, hornnya kekal rangup.

 

Sumber:

1. Nor Al Fatihah [12]

2. Wikipedia Cream Horn




Hakcipta iluminasi.com (2017)