sos blackpepper viral 854

Bahan perapan daging (3 keping)

  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu besar serbuk cheese
  • 1 sudu besar sos spageti cendawan
  • 3/4 lada hitam kisar
  • 1/2 sudu kecil parsley flakes

Tips: Tidak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
  2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.
  3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik.

Tips:

1. Untuk perap semalaman masukkan dalam peti suhu biasa.

2. Sebelum daging diangkat, jika mahu boleh layurkan sekejap-sekejap atas api gas untuk naikkan bau.

Cara Penyediaan Sos BlackPepper Viral:

1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api sederhana kecil sahaja.

2. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik sehingga naik bau.

3. Masukkan 1 tin sos spageti keju.

sos spageti keju

Pilih tin kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil dan berat lebih kurang 250 gram.

4. Tambahkan air suam 3/4 tin. Tips: Konsistensi kuah tidak terlalu cair atau ketara pekat.

5. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Tips: Jangan guna kicap masin.

6. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.

7. Masukkan juga 3/4 sudu kecil gula. Tips: Boleh masuk sedikit-sedikit untuk langkah selamat.

8. Kacau sebati. Tutup api setelah cukup semua rasa.

Hidangkan bersama:

1. Kentang goreng

  • Letak sos cili dan mayonis untuk sos pelengkapnya.

2. Jagung rebus dipotong 3

  • Tips: Untuk dapatkan jagung manis sesedap rasa, tambahkan sedikit garam dan beberapa sudu gula. Rebus sehingga empuk. 

3. Coleslaw

Cara penyediaan:

  1. Campuran timun Jepun, carrot dan bawang Holland. Semuanya dipotong dadu. Tambahkan isi jagung rebus.  
  2. Gaul bersama mayonis dan setengah cubit garam.
  3. Boleh tambahkan kubis ungu / kubis hijau.

Boleh follow Facebook Afy AL Habibi untuk resepi lain yang lebih lengkap.

Sumber: Afy AL Habibi


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)