Dalgona coffee merupakan sejenis kopi dengan resepi asli dari Korea. Dalgona ialah sebuah gula-gula tradisional masyarakat Korea.

Menu tular ini merupakan sebuah resepi yang sudah lama wujud di Korea. Namun, ia dibuat semula oleh pemilik resepi dengan menyesuaikan kuantiti bahan-bahannya.

Dalgona Coffee

dalgona coffee 1

Bahan bahan:

  • Serbuk kopi/Nescafe (3 sudu kecil)
  • Susu segar
  • Gula (4 sudu kecil)
  • Air panas (4 sudu kecil)
  • Ais (pilihan)

Cara-cara membuat:

  1. Ambil bekas dan campurkan serbuk kopi, gula serta air panas. Pukul dengan alat pemukul (whisk utensil) atau pengadun (mixer) sehingga pekat dan likat.
  2. Ambil gelas dan letakkan ais. Jika tidak mahu ais, letakkan terus susu segar. Kemudian, tuang hasil di nombor 1 di atas susu tersebut. Siap. 

Nota:

  • Untuk kurang manis, gunakan gelas besar dan biar susu lebih supaya rasa sebati.
  • Resepi sukatan diubah sedikit dari asal untuk rasa yang lebih sedap. 

dalgona coffee 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni. 

Kredit resepi: Shariffah Sarrah [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)