Oleh pada 24 Sep 2018 kategori

Buat penggemar kek coklat di luar sana, anda mungkin sudah bosan dengan kek coklat biasa yang anda selalu buat di rumah. Apa kata kali ini cuba sesuatu yang berbeza dengan membuat kek coklat lapis cream cheese.

Kek ini bukan sahaja lazat, tetapi ia juga nampak kemas dan sesuai untuk dihidangkan ketika majlis keramaian. Selamat mencuba!

Bahan-bahan kek coklat

  • 1 cawan gula kastor*
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 cawan minyak jagung*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan coco powder*
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (serbuk penaik )
  • 1 sudu kecil soda bikabonat

Cara penyediaan:

1. Masak bahan bertanda* dengan api kecil sehingga berwap/sebati. Ketepikan.

2. Pukul telur sampai berbuih. Masukkan bahan yang dimasak tadi. Pukul sekejap. Masukkan tepung soda bikabonat serta baking powder. Pukul sebati dan ketepikan.

Bahan-bahan cream cheese

  • 500gm cream cheese
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula ising
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar air panas mendidih

Cara penyediaan:

1. Pukul cream cheese bersama gula ising sehingga gebu. Masukkan telur pukul lagi. Masukkan tepung bersama air panas. Pukul sampai sebati dan ketepikan.

2. Panaskan kukus (air mendidih). Kemudian kecilkan api.

3. Masukkan aduan cheese dalam acuan kuih seri muka atau apa-apa bekas. Kukus 5 minit, baru masukkan adunan coklat dan kukus sehingga masak. Selepas sejuk, keluarkan dari acuan. Siap.

kek coklat lapis cream cheese 2

Sumber: Anis Nisa




Hakcipta iluminasi.com (2017)