Oleh pada 13 Jul 2020 kategori

Kek keju Tom & Jerry (Tom & Jerry cheesecake) merupakan sebuah kek tular khusus buat penggemar keju yang tidak perlu dibakar dan hanya perlu diletakkan dalam peti sejuk sahaja. Acuannya boleh dibeli di sebuah platform e-dagang terkenal.

Di tengah-tengah kek tersebut adalah kek span coklat. Untuk mudah, letakkan sahaja kek Apollo yang berharga 30sen. Jika tidak diletakkan juga boleh, terpulang kepada citarasa masing-masing.

Kek Keju Tom & Jerry (Tom & Jerry Cheesecake)

Bahan-bahan (coklat luar):

  • White compound coin (500gm)
  • Pewarna kuning lemon (2-3 titik)

Cara-cara membuat: 

  1. Double boilkan sehingga cair. Apabila telah suam, masukkan ke dalam piping bag, picit ke dalam acuan dan ratakan. 
  2. Agak-agak sahaja, tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Kemudian, bekukan sebentar dalam peti sejuk.

Bahan-bahan (keju): 

Bahagian A:

  • Keju krim (cream cheese) (400gm)
  • Krim putar (whipping cream) (300gm)
  • Gula aising (50gm)
  • Perasa oren (½ sudu teh) - jenama Sunquick

Bahagian B:

  • Air suam (50gm)
  • Gelatin (1½ sudu besar)

Cara-cara membuat:

  1. Adun (mix) keju krim supaya kelihatan licin. Kemudian, masukkan gula dan perasa Sunquick. Adun (mix) sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan krim putar. Adun (mix) sehingga sebati dan kental.
  2. Campurkan air suam dan gelatin sehingga larut. Tunggu sejuk dan barulah masukkan ke dalam bahagian A. Gaul sebati menggunakan spatula.

tom jerry cheesecake 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: NorhasLina OtHman [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)