Jemput bilis atau juga dikenali sebagai cucur bilis, secara asasnya merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Menu ini diberikan nama sebegitu disebabkan bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu ikan bilis kering.

Cucur bilis turut dikenali sebagai jemput kerana kuihnya yang bersaiz sejemput tangan semasa diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini, adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

cucur ikan bilis viral 502

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas mendidih secukupnya (baru mendidih, bukan suam-suam kuku)
  • Segengam ikan bilis 20 gram (boleh dikisar atau ditumbuk halus jika suka)
  • Kucai / daun sup (pemilik resepi guna daun sup, aromanya sedap)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Cili merah (dimayang halus) - ditambah supaya cucur nampak ceria
  • Bawang besar (didadu-dadu kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah berserta daun kucai/sup dan garam.

2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain telah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas atau besen yang besar. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat, tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, buat sedikit-sedikit.

3. Apabila semua tepung telah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu, bukan tangan.

4. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.

Tips: JJ sapu minyak sedikit pada tapak tangan supaya senang mahu bulatkan.

5. Tunggu tepung sejuk sedikit, baru goreng.

cucur ikan bilis 3 614

Cucur ikan bilis sangat lazat jika dimakan dengan sos kegemaran anda. Kredit foto: Sue Suhailiza (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Tips:

1. Boleh tambah udang atau apa-apa yang anda suka. Kadang-kadang pemilik resepi letak udang, bawang, garam dan lobak merah sahaja. Tetap sedap.

2. Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tersebut. Tujuannya untuk memudahkan anda. Kalau tangan basah, bentuk doh tersebut lebih cantik.

3. 3 cawan tersebut boleh dimakan seisi keluarga. Jika anda tinggal berdua, buat satu cawan sahaja sudah memadai.

Sumber:

1. JJ Pau Mawar [1, 2]

2. Wikipedia Jemput-Jemput Bilis



Hakcipta iluminasi.com (2017)