Oleh pada 27 Nov 2019 kategori

Congo bar merupakan sejenis blondie yang mempunyai tekstur antara kek dan juga brownie. Ia hanya menggunakan tangan sahaja dan tidak memerlukan pengadun (mixer). 

Untuk mendapatkan congo bar yang enak, anda boleh menggunakan cip coklat (chocolate chip) jenama Hersheys. Selain chocolate chip, badam juga boleh ditaburkan.

Ketika panas, congo bar masih lembik kerana kandungan gula dalamnya sedang cair. Oleh itu, ia perlu dipotong setelah sejuk.   

Supaya congo bar tidak mendap, isi baking paper di sekeliling loyang untuk mendapatkan kek yang rata. Sebelum bakar dan masukkan ke dalam ketuhar, ketuk atau hentak adunan tersebut selama lebih kurang dua kali. 

Congo Bars

Bahan basah:

  • Salted butter (250gm) - suhu bilik lembut bukan cair lembik (pemilik resepi gunakan jenama SCS/Golden Churn/La Belle)
  • Gula perang (1 1/2 cawan) - pemilik resepi kurangkan lagi ke 1 1/3 cawan
  • Telur (3 biji) - saiz besar
  • Esen vanila (1 sudu teh) - jenama Chef Amer

Bahan kering (tapis dan campur):

  • Tepung naik sendiri (2 cawan)
  • Chocolate chip (1 1/2 cawan) - pemilik resepi gunakan Callebaut dark chocolate (1 cawan) dan chocolate chips biasa (1/2 cawan)

Bahan hiasan:

  • Chocolate chip

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu dengan suhu 170°C. Kacau mentega dan gula perang sehingga sebati dan pucat. Tidak perlu terlalu kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Telur pertama kemudian kacau ala kadar. Ulangi langkah yang sama untuk kesemua telur.
  3. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
  4. Masukkan semua bahan kering yang dicampurkan sekali tadi.
  5. Kaup balik tepung bersama adunan basah tadi menggunakan spatula. Boleh rujuk di Google atau YouTube untuk cara kaup balik adunan. Jangan terlalu kuat untuk mengelakkan adunan akan menjadi mendap dan tidak naik dengan cantik.
  6. Sembur (spray) minyak atau sapukan mentega pada dulang (tray). Alaskan baking sheet.
  7. Masukkan dalam tray 12x12x1 atau boleh gunakan 2 tray yang bersaiz 7.5x7.5 atau 8x8. Sapu rata.
  8. Taburkan chocolate chip dan bakar adunan sehingga keemasan selama 20-25 minit menggunakan suhu 170°c-175°c (bergantung kepada ketuhar masing-masing). Siap untuk dihidang.

Tips:

  • Ramai yang suka menikmatinya suam-suam dan cicah dengan susu.
  • Harga jualan pemilik resepi ialah RM75 setiap tray besar kerana beliau menggunakan bahan premium. Anda boleh kurangkan lagi harga mengikut bahan yang dibeli.
  • Gunakan pisau tajam untuk mendapatkan potongan yang cantik. Untuk lebih elok, setiap kali mahu potong, rendam seketika dalam air panas, lap dan potong.
  • Lebih lama ia disimpan, lebih sedap untuk dimakan.

congo bar 1

Nota: Pemilik resepi menghalalkan jika anda ingin menghasilkan pendapatan dengan resepi ini. Cuma, beliau mohon agar anda mendoakan kesihatan datuknya, Abd Halid bin Abd Aziz supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Selain itu, doakan juga kesejahteraan buat keluarga kecil beliau. 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Mohd Hafis Man [12

Sumber informasi:

1. Farhana Binti Idris [1, 2]

2. Noorshaqila Abd Karim & 

Sharifah Zurita [1, 23]

3. Afifee Ahmad [12




Hakcipta iluminasi.com (2017)