Oleh pada 23 May 2019 kategori

Granola merupakan sejenis sajian sarapan dan makanan ringan terdiri daripada emping oat, kekacang, madu atau pemanis lain seperti gula perang, dan kadang-kadang bertih beras yang lazimnya dibakar sehingga garing dan berwarna coklat keemasan.

Granola dibawa semasa aktiviti mendaki bukit, berkhemah, atau backpacking disebabkan ia berkhasiat, ringan, tinggi kalori, dan senang disimpan (ciri sama untuk trail mix dan muesli).

Sebagai makanan ringan, ia selalu digabungkan dengan madu atau sirap jagung dan dipekatkan menjadi bar bentuk yang mudah dibawa sebagai bekalan makan tengah hari, ketika mendaki, atau aktiviti luar yang lain.

 

Nuts Bar atau Granola Bar Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Mentega (1/2 buku)
  • Madu (1/2 cawan)
  • Gula perang atau boleh juga diganti dengan peanut butter. Boleh juga letak dark coklat (2 sudu besar)
  • Old fashioned rolled oats (2 cawan ) atau bubble rice crispy (1 cawan) *
  • Kekacang (segenggam atau 1/2 cawan) - badam/sunflower seed/gajus/biji labu atau kekacang lain *
  • Bijan hitam (3 sudu kecil)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Garam (secubit)
  • Buah-buahan kering - cranberries/aprikot/kismis/kusma

 

Cara-caranya:

1. Campurkan bahan berhuruf condong* di atas dulang pembakar, bakar sebentar di dalam ketuhar selama 5 - 10 minit untuk bagi garing sedikit tetapi jangan sampai hitam nanti pahit pula.

2. Panaskan kuali, cairkan mentega, kemudian masukkan peanut butter atau brown sugar, apabila sudah cair masukkan madu, sedikit garam dan esen vanila. Kacau-kacau bagi mendidih kemudian tutupkan api.

3. Ambil bahan yang sudah di bakar tadi, bubuh ke dalam mangkuk, tuangkan adunan mentega tadi. Kacau sebati. Masukkan bijan hitam dan buah-buah kering

4. Sediakan dulang. Lapik dengan parchment paper, bubuh adunan tadi dan padat-padatkan. Boleh tekan dengan menggunakan senduk atau mangkuk untuk bagi ia kejap dan padat. Pastikan lapik kertas parchment juga di atas adunan supaya senang untuk padatkan. Kena pastikan betul-betul padat supaya ia tidak mudah lerai

5. Kemudian bakar adunan ke dalam ketuhar lebih kurang 15-20 minit dengan menggunakan api sederhana

6. Kemudian sejukkan ke dalam peti ais selama 1 -2 jam, boleh la di potong-potong . Potong dengan menggunakan pisau yang tajam, setelah sudah di potong simpan ke dalam bekas kedap udara. Boleh juga di simpan ke dalam peti ais juga. Sesuai untuk ganti sarapan pagi ataupun snek makanan ringan.

nuts bar atau granola bar homemade 1

Sumber:

1. Rarra Sakura [12]

2. Wikipedia Granola




Hakcipta iluminasi.com (2017)