Biskut Tambun merupakan bentuk kecil tau sar pheah, dimana kedua-duanya merupakan hidangan istimewa dari Pulau Pinang yang terkenal. Ia dibuat dari tepung gandum, gula, pes kacang hijau, bawang goreng, lemak khinzir dan garam.

Pastri ini dipercayai dicipta di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Popularitinya sebagai sebuah makanan istimewa telah menjadikan biskut ini salah satu buah tangan yang menjadi pilihan setiap kali berkunjung ke Pulau Pinang.

Sesetengah kedai roti memanggil kuih tambun sebagai 'dragon balls' (bola naga), sebuah nama samaran yang diberikan oleh penduduk tempatan.

Biskut ini mempunyai rasa yang manis dan masin, dimana keraknya manis dan isinya pula masin.

biskut tambun

A. Doh air

  • 250g tepung gandum (diayak)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 75g lemak sayur (pastikan lembut)
  • 125ml air sejuk (ikut kesesuaian)

B. Doh minyak

  • 185g tepung gandum (diayak)
  • 120g lemak sayur
  • 1 sudu kecil garam
  • Inti: Guna inti kacang merah yang siap sedia (boleh dibeli)
  • Telur: Kuning sahaja

Cara-cara membuat:

Penyediaan doh pastri rapuh

A. Doh air

Campur semua bahan dan uli untuk membentuk doh. Bahagikan kepada doh kecil 40g.

B. Doh minyak

Campur tepung dengan lemak sayur, uli sehingga sebati. Bahagikan kepada doh keciil 20g.

Penyediaan produk Siew Pau (Tausa)

➡ Canai doh kecil iaitu doh air (A), kemudian letakkan doh kecil iaitu doh minyak (B) atas doh A yang dicanai (dileper).

➡ Bulatkannya.

➡ Canai lagi (bentuk bujur) dan gulung seperti "swiss roll" (seperti kek gulung).

➡ Canai rata lagi, gulung dan canai (4-5 kali).

➡ Akhir sekali, gulung dan potong dua silinder doh tersebut.

➡ Canai rata setiap doh.

➡ Isi dengan inti yang telah disediakan.

➡ Tutup dan bentukkan pastri.

➡ Berus pastri dengan telur kuning dan bakar atas dulang bergris.

➡ Jangan lupa cucuk atas permukaan pastri tersebut menggunakan garfu supaya cepat masak.

➡ Gris dulang dengan lemak sayur.

➡ Suhu membakar 200 darjah celcius, masa membakar 20-30 minit.

biskut tambun 1

Sumber:

1. Sheila Cyla [1, 2]

2. Wikipedia Biskut Tambun


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)