Oleh pada 29 May 2019 kategori

Biskut oat Nestum merupakan sebuah lagi biskut yang bukan sahaja enak malah mudah untuk disediakan.

Paling penting, ia ditambah dengan badam dan chocolate chips.

Selain di hari raya, ia juga boleh dibuat sebagai stok kudapan yang rangup.

 

Biskut Oat Nestum  

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (150 gm)
  • Gula perang (1 cawan) atau (1/2 cawan gula + 1/2 cawan gula perang)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

 

Campurkan kesemua bahan dan biar sampai sebati .

 

  • Tepung gandum (2 cawan)*
  • Tepung jagung (1/4 cawan)*
  • Soda bikarbonat (1 sudu teh)*
  • Serbuk coklat susu/milo (3 sudu besar)*
  • Oat segera (1/2 cawan)
  • Nestum (1/2 cawan)
  • Badam (1 cawan) - almon nib di bakar dahulu ataupun kekacang lain)
  • Choc chips (1/2 cawan) - mengikut pilihan

 

Cara-caranya:  

1. Campurkan adunan tadi dan bahan-bahan kering berhuruf condong* yang telah di ayak terlebih dahulu. Gaul rata dan biar sebati sehingga doh menjadi lembut.

2. Biarkan doh seketika, lalu bolehlah scoop/ di sudukan adunan ke dalam loyang .

3. Bakar biskut pada suhu 170 C selama 20 minit sehingga perang mengikut ketuhar masing-masing .

4. Setelah siap, alihkan biskut ke atas wire rack dan biarkan sejuk sebelum di simpan ke dalam balang.

 

Resepi Bonus: Biskut Oat Cornflakes 

biskut oat cornflakes

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (2 cawan)
  • Gula (1 1/2 cawan)
  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Tepung jagung (2 cawan)
  • Kuning telur (2 biji)
  • Oat (2 cawan)- 1 cawan dikisar hancur dahulu
  • Cornflakes (1 cawan)- dikisar hancur
  • Nescafe (hanya sedikit hujung sudu sahaja)

 

Cara-caranya :  

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul sekejap kemudian masuk pula bahan-bahan kering tadi. Setelah doh sebati, bolehlah di cetak mengikut bentuk yang di mahukan.

2. Sekiranya doh masih lembik, tambahkan sedikit tepung dan jika keras selepas di uli, tambahkan pula mentega dan gaul-gaulkan menggunakan tangan sahaja.

3. Setelah di cetak, hiaskan mengikut kesukaan masing-masing. Pemilik resepi memilih untuk menghiaskan dengan menggunakan kuaci hijau.

4. Kemudian, sapukan kuning telur dan bakar biskut pada suhu 170 C selama 30 minit.

 

Sumber:

1. Rita Kay [12]

2. Norliza Bonda [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)