Kali ini kami akan berkongsi sebuah lagi resepi yang mudah untuk disediakan.

Biskut ini rangup di bahagian tepi dan kenyal di bahagian tengah.

Pastinya biskut ini antara yang paling cepat habis dijamah tetamu ketika rumah terbuka nanti.

 

Biskut Chewy Dark Chocolate Chunk 

  

biskut chewy dark chocolate chunk

 

Bahan-bahan:  

  • Salted atau unsalted butter (1 cawan) - boleh guna yang 225 gram atau 250 gram
  • Telur gred A (2 biji)
  • Brown sugar (3/4 cawan)
  • Gula kastor (1/2 cawan)
  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Baking soda (1 sudu teh)
  • Garam halus (1/2 sudu teh) - boleh abaikan jika guna salted butter, tetapi pemilik resepi akan tetap tambah garam untuk berikan lebih rasa pada biskut
  • Vanilla extract (1 sudu teh)
  • Dark baking chocolate (2 1/2 cawan) - yang dicincang mengikut budget tambah ekstra untuk tambahan di atas biskut sebelum dibakar

   

Arahan membuatnya dan tips penting: 

• Bakar biskut di rak tengah dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 15 minit, bergantung kepada saiz biskut dan jenis oketuhar. Guna api atas bawah. Jangan over bake. Biskut akan kelihatan sedikit keperangan ditepi-tepinya tetapi masih sedikit lembut di bahagian tengah. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan biskut dalam baking tray sejuk sepenuhnya sebelum dialihkan.

• Doh PERLU disimpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam atau semalaman sebelum di scoop dan dibakar untuk mengelak biskut mengembang berlebihan dan menjadi nipis bila dibakar. Biarkan doh dalam peti sejuk sementara menunggu yang lain-lain dibakar.

• Senduk doh biskut jangan terlalu kecil melainkan mahukan biskut yang nipis.

• Adunan doh biskut ini pemilik resepi tidak buat manis, tapi ianya akan bergantung dengan jenis chocolate yang di gunakan. Guna Dark Baking Chocolate, Dark Couverture Chocolate atau Unsweetened Baking Chocolate untuk hasil biskut s yang tidak terlalu manis. Lebih berkualiti chocolate yang digunakan, lebih sedap hasil biskut. (Guna Chocolate yang kandungan Cocoa nya lebih tinggi. Sesetengah baking chocolate mereka ada tambah lebih gula, boleh lihat/rujuk packaging)

• Pemilik resepi dapat 32 keping biskut, menggunakan bekas ice cream scoop saiz medium. Untuk menyimpan, simpan biskut dalam bekas kedap udara dalam suhu bilik.

  

biskut chewy dark chocolate chunk 1

 

Sumber: Danish Harraz [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)