Oleh pada 29 May 2019 kategori

Biskut jejari oat merupakan sebuah lagi kuih raya yg cukup digemari ramai tanpa mengira peringkat usia.

Nama lainnya ialah biskut jejari oat susu, biskut coklat susu, biskut susu dan sebagainya.

Ia juga boleh didapati di pasar malam dan kedai tepi jalan yang membuat lelongan kuih raya.

 

Biskut Jejari Oat (versi 1) 

 

Bahan-bahan:  

 

Bahan A:

  • Mentega/marjerin (1 cawan)
  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Oat (2 cawan) - dikisar halus
  • Gula halus (3/4 cawan)
  • Serbuk koko (3 sudu makan)

 

Bahan B :

  • Susu tepung (secukupnya)

 

Cara-caranya:  

1. Pukul mentega/marjerin dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan kesemua bahan A sedikit demi sedikit. Pukul seketika dan berhenti apabila sudah menjadi doh. Di khuatiri akan keras pula jika diteruskan kerana adunan memang sepatutnya lembut.

2. Setelah selesai, bentukkan mengikut bentuk cetak yang di mahukan.

3. Bakar biskut yang sudah siap di cetak selama 10 - 15 minit menggunakan suhu 160 - 170 C mengikut ketuhar masing-masing

4. Biskut yang sudah masak agak sedikit lembut ketika masih panas, keluarkan dan sejukkan dahulu seketika selama 5 minit.

5. Kemudian gaulkan biskut tadi pula dengan menggunakan susu tepung. Biar biskut sejuk sepenuhnya dan bolehlah di simpan ke dalam bekas kedap udara.

 

Biskut Jejari Oat (versi 2)

biskut jejari oat 1

 

Nota: Adunan ini boleh memperolehi dalam 50 biji biskut).

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega/marjerin (setengah cawan)
  • Minyak sapi (25gm) - pilihan

 Nota: Sekiranya tidak menggunakan minyak sapi, kuantiti mentega atau marjerin adalah sebanyak 125 gm. 

  • Tepung gandum (1 cawan : 125 gm )
  • Oat (1 cawan) - dikisar halus
  • Gula halus (setengah cawan : 125gm)
  • Serbuk koko (2 sudu makan)

   

Bahan B:

  • Susu tepung (secukupnya) - Nespray sedap atau apa sahaja jenama pun boleh di gunakan

 

Cara-caranya:  

1. Kacau mentega/marjerin serta juga minyak sapi dan gula sampai sebati

2. Masukkan kesemua bahan A sedikit demi sedikit lalu kacau sampai akhirnya jadi doh. (Adunan memang biasanya lembut )

3. Boleh la dibentukkan mengikut kehendak masing-masing sama ada tekap menggunakan acuan ataupun di potong-potong menjadi petak.

4. Bakar biskut selama 15-20 minit dengan menggunakan api atas bawah pada suhu 160-170 C (mengikut ketuhar masing-masing)

5. Biasanya biskut yang baru masak, agak lembut sedikit ketika masih panas. Biarkan sejuk seketika selama 15 minit, setelah itu bolehlah di gaulkan dengan menggunakan susu tepung. Sejukkan sepenuhnya dan kemudian simpan ke dalam bekas kedap udara.

 

Sumber:

1. Zura Nafis [12]

2. Siti Solehah [12]

3. Che White Story Mory (duniasemuanie.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)