Oleh pada 31 May 2019 kategori

Biskut Cornflakes madu merupakan sejenis biskut raya yang senang untuk dibuat namun boleh memakan masa.

Anda juga boleh menggunakan pemanggang ajaib untuk membakar.

Jika tidak mahu ianya dibakar, anda boleh masukkan cornflakes madu ke dalam cup setelah selesai lalu dimasukkan pula ke dalam peti ais agar ia keras.

Namun begitu, cornflakes madu yang dibakar mempunyai rasa yang lebih rangup.

 

Biskut Cornflakes Madu

 

Bahan-bahan:  

• Mentega (125gm)

• Gula perang (1/2 cawan)

• Madu (5 sudu makan)

• Cornflakes (250gm)

• Papercup

 

Cara-cara membuatnya :  

1. Cairkan mentega, gula perang dan juga madu, tutupkan api dan biarkan untuk seketika.

2. Masukkan pula 250 gm cornflakes dan gaulkan sebati.

3. Sudukan ke dalam paper cup dan hias. Bakar menggunakan ketuhar pada suhu 170’-180’ C selama 10 minit

4. Sejukkan dan simpan biskut ke dalam bekas kedap udara.

 

Resepi Bonus: Biskut Cornflakes Madu Karamel 

biskut cornflakes madu karamel  

 

Bahan-bahan:  

  • Cornflakes ( 1/2kg )
  • Gula ( 250g )
  • Marjerin ( 250g )
  • Susu pekat ( 3 sudu )
  • Buah hiasan - tidak mahu letak pun tidak mengapa

 

Cara-caranya :  

1. Panaskan gula marjerin dan juga susu sehingga berbuih. Gunakan api kecil yang perlahan, kerana dikhuatiri hangit.

2. Setelah pecah gula , masukkan pula cornflakes dan kacau rata.

3. Masukkan juga buah kering dan gaul rata lalu jemurkan seketika sehingga kering.

 

Nota: Resepi ini tidak perlu menggunakan ketuhar, hanya menggunakan kuali sahaja. Bermodalkan RM10 boleh menghasilkan tiga balang biskut.

 

Sumber:

1. Hanna Yasmeen [12]

2. Zarina Md Saad Nana [12]

3. Puteri Manja (qistinahome.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)