Oleh pada 30 May 2019 kategori

Biskut mentega kacang mempunyai rasa yang hampir sama dengan biskut kacang mazola.

Namun, ia mempunyai cara pembuatan yang berlainan.

Anda perlu menggunakan mentega atau marjerin untuk menghasilkan biskut mentega kacang.

Untuk biskut kacang mazola pula, anda perlu menggunakan minyak jagung.

Biskut Mentega Kacang (versi 1)

 

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (250gm) - sebuku
  • Gula aising (3/4 cawan)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Mentega kacang (1/2 cawan)
  • Tepung jagung (1 1/2 cawan)

 

Cara-caranya :  

1. Adun mentega dengan gula aising sehingga sebati 

2. Tidak perlu gunakan mixer, hanya gunakan senduk kayu atau sahaja

3. Masukkan kuning telur gaul hingga sebati

4. Kemudian masukkan mentega kacang dan adun sebati. Masukkan tepung jagung dahulu baru kemudian tepung gandum. Gaul sebati sehingga menjadi doh.

5. Sekiranya masih agak lembik, campur kan tepung gandum sedikit tetapi jangan berlebihan. Biarkn adunan menjadi agak lembut kerana adunan ini akan menjadi agak kering sekiranya dibiarkan lama.

6. Gentel bulat-bulat dan masukkan ke dalam acuan yang telah disapukan butter dan letakkan kismis.

7. Tekan sehingga agak padat. Kemudian bakar pada suhu 160°c selama 25minit.

8. Pastikan betul-betul sejuk dahulu baru keluarkan daripada acuan

 

Biskut Mentega Kacang (versi 2)  

biskut mentega kacang 1  

 

Bahan-bahan:

  • Marjerin (1 cawan)
  • Mentega kacang (1 cawan)
  • Gula castor (1 cawan)
  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Tepung jagung (2 cawan )
  • Telur (1 biji )
  • Kuning telur (1 biji ) - untuk hiasan

 

Cara-caranya:

1. Pukul marjerin, mentega kacang dan gula ( pukul ala-ala manja sahaja), masukkan telur dan pukul sebati.

2. Masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit, lalu gaul sehingga menjadi doh yang tidak lekat di tangan. Setelah itu, terap dengan menggunakan bentuk acuan kesukaan masing-masing.

3. Sapukan kuning telur di atas biskut, kemudian bakar dengan menggunakan suhu 130°selama lebih kurang 10 minit.

 

Nota: Tidak perlu susah-susah untuk menumbuk kacang, pemilik resepi hanya menggunakan mentega kacang sahaja untk membuat biskut. Ia menjadi lebih lazat dan ranggup.

 

Sumber:

1. Kak Ngah [12

2. Rose Rosnah Rosnah [12

3. Buat Wanita (buatwanita.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)