Oleh pada 31 May 2019 kategori

Biskut semperit merupakan sebuah biskut raya klasik yang terbukti sedap dan gebu.

Kegebuannya sehinggakan kita terpaksa berhati-hati untuk memakannya.

Kali ini, kami akan berkongsi resepi biskut semperit istimewa iaitu biskut samperit red velvet cheese yang menggunakan bentuk bunga.

 

Biskut Samperit Red Velvet Cheese

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (250 gm) - pemilik resepi memilih untuk menggunakan mentega cap Buttercup.

Nota: Suhu mentega hendaklah mengikut suhu bilik, sekiranya mentega terlalu cair dikhuatiri nanti bunga samperit akan kembang setaman.

  • Gula aising (100 gm)

Nota: Gula aising wajib diayak terlebih dahulu supaya mudah untuk ditekan dan tidak tersekat kemudian .

  • Tepung jagung (340 gm)
  • Tepung gandum (40 gm) - pemilik resepi memilih menggunakan tepung cap Superfine
  • Tepung beras (20 gm)
  • Tepung custard (4 sudu besar)
  • Elmco red velvet (2 sudu kecil)
  • Cream chesse (50 gm)
  • Wipping cream/susu pekat (4 sudu makan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Pewarna merah terang - boleh diperolehi dari kedai bakeri

 

Cara-caranya :  

1. Pukul mentega dan gula menggunakan spatula atau senduk kayu sahaja sehingga sebati cukup. Jangan pukul sehingga kembang kerana di khuatiri nanti bunga akan jatuh.

2. Selepas itu masukkan essen vanila , red valvet elmco dan juga pewarna. Kacaukan sebati lagi .

3. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese dan susu atau wipping cream sehingga sebati dan tidak berketul. Pastikan cream cheese mengikut suhu bilik.

4. Masukkan cream cheese ke dalam bekas mentega dan gula tadi lalu kacaukan sebati .

5. Satukan kesemua tepung tadi dan masukkan ke dalam gula, mentega dan cream cheese tadi . Masukkan sedikit demi sedikit lalu uli sampai tidak melekat di tangan Pastikan tidak keras kerana dikhuatiri adunan tidak boleh di tekan. Pastikan adunan tidak terlalu lembik, sila tambahkan tepung jagung dan sekiranya adunan keras tambahkan mentega ataupun cream cheese .

6. Jika sudah sebati, adunan yang sudah siap tadi boleh di gunakan untuk menekan samperit. Selepas selesai menekan, biarkan dahulu selama 15 minit di luar baru kemudian di bakar .

7. Bakar menggunakan suhu ketuhar 170 C selama 20 atau 25 minit mengikut jenis ketuhar msing-masing .

 

Nota: Pemilik resepi menggunakan acuan pecah 15 tembaga dan juga hiasan chocolate chip putih atau chocolate manik. Satu adunan di atas boleh memperolehi dalam 150 biji biskut. 

biskut samperit red valvet cheese 1  

 

Sumber:

1. Siti Solehah [12]

2. inmyheart (inmyheart-aznie.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)