Kuih raya yang dibuat sendiri lazimnya lebih enak berbanding yang dibeli kerana menepati selera si pembuatnya.

Kali ini kami akan berkongsikan pula resepi biskut sarang semut dan berikut antara tips yang boleh anda gunakan.

Untuk mengetahui sama ada doh tidak lembik atau keras, doh berkenaan perlulah tidak melekat di tangan.

Anda juga boleh menyimpan doh semalaman di dalam peti ais bagi menyenangkan doh diparut halus.

 

Biskut Sarang Semut

  

biskut sarang semut

 

Versi 1: Sukatan cawan

 

Bahan-bahan:

  • Mentega/marjerin (250gm)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Tepung kastard (2 cawan)
  • Gula halus (1 cawan)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Pewarna kuning (sedikit) - optional
  • Esen vanila
  • Chocolate rice - hiasan
  • Paper cup

 

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180°c selama 10 minit.

2. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanila.

4. Kemudian, masukkan pula 3 jenis tepung tadi. Gaul sehingga menjadi doh.

5. Parut doh dan letak dalam paper cup.

6. Bakar dengan suhu 180°c selama 25 minit sehingga masak.

 

Versi 2: Timbang gram

 

Bahan-bahan:

  • Mentega/marjerin (200gm)
  • Tepung gandum (50gm)
  • Tepung kastard (350gm)
  • Gula halus (200gm)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Pewarna kuning (sedikit) - optional
  • Esen vanila
  • Chocolate rice - hiasan
  • Paper cup

 

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180°c selama 10 minit.

2. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.

3, Masukkan kuning telur dan esen vanila.

4. Kemudian, masukkan pula tepung kastard dan tepung gandum. Gaul sehingga menjadi doh.

5. Parut doh dan letak dalam paper cup.

6. Bakar dengan suhu 180°c selama 10 minit sehingga masak.

  

biskut sarang semut 1

 

Nota:

✔ Pemilik resepi menggunakan sukatan cawan kerana tiada penimbang.

✔ Jika menggunakan sukatan cawan, ia dapat menghasilkan sebanyak 176 biji.

✔ Pemilik resepi parut dahulu doh sehingga habis. Nanti baru letak dalam paper cup.

✔ Apabila diletakkan dalam paper cup, biarkan ia menggunung pun tidak mengapa. Jika letak sedikit, nanti ia sedikit juga selepas bakar.

 

Sumber:

1. Fipah Faiez [12]

2. Ibuzahra Journey (syapiaa.blogspot.com) [12]


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)