Oleh pada 21 Jan 2020 kategori

Anda perlu menggunakan cip coklat yang berkualiti supaya cair. Jika menggunakan cip coklat jenama Beryl's, ia tidak cair apabila telah sejuk.

Kebiasaannya, biskut tidak perlu dipukul sehingga kembang kerana ia tidak sama dengan kek. Untuk telur, anda perlu ambil kesemuanya termasuk bahagian kuning.

Biskut Belgium (Belgium Cookie)

Bahan-bahan:

  • Mentega (250gm)
  • Gula kastor (70gm)
  • Gula perang (160gm)
  • Telur gred A atau B (2 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Tepung gandum (550gm)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
  • Cip coklat (500gm) - jenama Callebaut, Hershey's dan lain-lain
  • Badam keping (almond sliced) (1 cawan) - dibakar dahulu

Cara penyediaan: 

  1. Satukan mentega, gula kastor dan gula perang.
  2. Kacau menggunakan spatula sahaja.
  3. Masukkan esen vanila dan telur.
  4. Kacau sebati. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
  5. Akhir sekali, masukkan cip coklat dan badam keping (almond sliced) tadi. Anda juga boleh gaul menggunakan tangan.
  6. Susun dalam loyang. Jarak-jarakkan kerana biskut akan mengembang.
  7. Bakar pada suhu 170° selama 25 atau 30 minit sehingga perang (api atas bawah).

belgium cookies 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Zaimah Zakaria [1, 2]

Sumber informasi:

1. Mazlina Harun [1, 2

2. Haslinda Ahmad [1, 2

3. Hapsah Othman & Fatty Naima Comel [1, 23

4. Aishah Ibrahim & Safiqah Rosli [1, 23]




Hakcipta iluminasi.com (2017)