Biskut mentega atau biskut Denmark, juga dipanggil sebagai Brysslkex atau Sablés adalah sejenis biskut tidak beragi yang mengandungi bahan seperti mentega, tepung dan gula.

Ia selalu dianggap sebagai "biskut rangup" disebabkan teksturnya dan kandungannya daripada gula dan mentega.

Sebelum menghasilkan biskut ini, dohnya hendaklah disejukkan terlebih dahulu agar boleh menjadikan tekstur yang rangup.

Prinsip ini adalah serupa dengan cara menghasilkan pai.

Kelazimannya, biskut mentega tidak mengandungi perasa namun ia selalu diletakkan dengan vanila, coklat dan kelapa dan/atau dengan hablur gula.

Ia turut didatangkan dengan bermacam bentuk seperti bulatan, bujur, segi empat sama, cincin dan seperti pretzel.

Di sebilangan negara di Eropah dan Amerika Utara, biskut ini selalu dihidangkan ketika hari Natal.

 

Biskut Mentega (Danish Butter Cookies)

  

biskut mentega

 

Bahan-bahan:

  • Mentega (125g) - 1/2 buku
  • Gula aising (45g) - 1/3 cawan
  • Tepung gandum (140g) - 1 1/4 cawan } ayak
  • Serbuk penaik (1/4 sudu kecil) } sekali
  • Minyak mentega (1/2 sudu kecil) atau esen vanila (1 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Adunkan mentega dan gula aising sehingga berkrim.

2. Masukkan minyak mentega atau esen vanila.

3. Masukkan campuran gandum dan adun sebati.

4. Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar (baking tray).

Nota: Bentukkan biskut mengikut kreativiti sendiri. Boleh hias dengan cip coklat, kismis atau tabur gula.

5. Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit atau sehingga perang.

 

Nota: Tangan anda memerlukan skil untuk membentuk corak lingkaran bunga (wreath pattern) tersebut.

 

Resepi Bonus: Biskut Mentega Versi Mudah

  

biskut mentega versi mudah

 

Bahan-bahan:

  • Mentega Golden Churn (200gm)
  • Gula aising (50gm)
  • Tepung jagung (50gm)
  • Tepung top (100gm)
  • Tepung gandum (50gm)

 

Cara penyediaan:

1. Pukul mentega Golden Churn dengan gula aising.

2. Ayakkan tepung jagung, tepung top dan tepung gandum. Sebatikan.

3. Paip atas dulang bergris dan bakar dalam 23 minit.

 

Sumber:

1.  Nor Azliza Mohamed [1, 2]

2. Kesavan Supramaniam [1, 2]

3. Wikipedia Biskut Mentega


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)