Biskut marble chocolate shortbread merupakan sejenis biskut yang senang untuk dihasilkan.
Ini disebabkan ia tidak harus diterap satu-satu menggunakan acuan biskut dan cukup bakar di dalam satu loyang.
Apabila telah sejuk, anda boleh hiaskan dengan coklat masakan dan coklat putih.
Biskut Marble Chocolate Shortbread
Nota: Anggaran untuk 100 biji.
Bahan-bahan:
- Mentega (300 gm) - pemilik resepi gunakan Pure Butter
- Gula aising (100 gm)
- Susu tepung (30 gm) - jenama Fernleaf
- Nestum (65 gm) - dikisar
- Serbuk badam (50 gm)
- Tepung gandum (410 gm)
- Loyang cutter (saiz 10")
Cara-caranya:
1. Gaul sebati mentega dan gula. Pukul seketika tetapi tidak perlu sampai kembang
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kering yang lain. Gaul dengan menggunakan teknik rubbing (guna hujung jari) sampai semua bahan sebati.
3. Alas loyang mengunakan parchment or baking paper.
4. Lebihkan hujung utk mudahkan proses keluarkan nanti.
5. Masukkan adunan tadi dan tekan sehingga padat.
6. Masukkan cutter kemudian dengan menggunakan garfu cucuk-cucuk kan adunan untuk mengeluarkan angin.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c
8. Kemudian bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dan keluarkan cutter .
Topping
- Dark compound chocolate (410 gm) - pemilik resepi guna jenama Selbourne
- Cocoa butter/shortening (60 gm)
➡ (Double boil)
- White chocolate (60 gm)
- Cocoa butter/shortening (25 gm)
➡ (Double boil)
Cara-caranya:
1. Apabila base sudah sejuk, tuangkan topping chocolate.
2. Pastikan ianya serata dan ketuk loyang secara perlahan-lahan untuk memastikan coklat akan masuk pada celah-celah base.
3. Ambil white chocolate dan buat corak pada topping chocolate tadi. Kemudian buat lorekan marble.
4. Pasang semula cutter setelah selesai mencorak. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
Tips: Untuk tidak bagi lekat coklat di cutter, spray dahulu menggunakan non stick cooking spray selepas coklat dituang. Kemudian pasangkan semula.
Sumber: