Oleh pada 30 May 2019 kategori

Biskut Nutella pod atau juga disebut sebagai Nutella cookie cup merupakan sebuah biskut yang cukup lazat.

Pastinya ramai penggemar coklat Nutella yang mencari-cari resepi biskut ini.

Mana tidaknya, dikhabarkan terdapat cuma 6 orang sahaja yang menjual biskut ini di Malaysia!

 

Biskut Nutella Pod

 

 

Bahan-bahan:  

  • Marjerin (1/2 cawan)
  • Gula halus (3 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Telur kuning (1 biji)
  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Baking soda (1/2 sudu kecil)
  • Tepung beras (1 sudu besar) - untuk hasil lebih rangup
  • Serbuk badam (1 sudu besar)

 

Cara-caranya :  

1. Masukkan marjerin, gula halus, esen vanila dan kacau sehingga sebati

2. Masukkan juga telur kuning dan kacau lagi

3. Ayakkan tepung gandum, baking soda dan juga tepung beras. Masukkan ke dalam adunan tadi lalu kacau sekali.

4. Uli kan sebati sekali bersama sebuk badam

5. Bulat bulatkan doh dan tekan di tengah-tengah, untuk lebih mudah masukkan ke dalam acuan shell tart.

6. Bakar menggunakan ketuhar pada suhu 160 C selama 30 minit

7. Setelah siap, pipekan nutella lalu hiaskan.

 

Resepi Bonus: Biskut BlueBerry Bright Eye 

biskut blueberry bright eye  

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (250 gm) 
  • Mentega (250gm) - pemilik resepi memilih menggunakan mentega cap Buttercup
  • Gula caster (100gm)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Esen vanila (sedikit)
  • Serbuk penaik (1 sudu teh )

 

Hiasan: 

  • Almond nip - mahu dibakar terlebih dahulu pun boleh
  • Chocolate bar - cairkan seperti buat badam
  • Bread crumb - tidak perlu dibakar, terus gunakan sahaja

 

Cara-caranya: 

1. Campurkan mentega , gula caster dan kuning telur. Selepas itu masukkan esen vanila, tepung dan serbuk penaik. Doh seperti biasa. Sekiranya masih melekat- lekat lagi, sila tambahkan sedikit tepung.

2. Uli bulat-bulat doh dan buatkan lubang di tengahnya. Celupkan dengan putih telur dan letakkan almond nip. Tuangkan blue berry toping dan bakar selama 20 minit. Suhu yang digunakan pemilik resepi ialah 80-90 degree, mengikut jenis ketuhar masing-masing

3. Sediakan chocolate cair dan juga bread crumb .

4. Biskut yang sudah siap di bakar dicelupkan bahaguan bawah dengan chocolate masakan dan bread crumb. Siap.

 

Sumber:

1. Nor Hidayah Russlan [12]

2. Saiful [12]

3. BukuResepi.com [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)