Oleh pada 22 May 2019 kategori

Biskut casablanca delight pelangi rasa merupakan sebuah kuih yang enak dengan gabungan nestum dan badam.

Anda juga boleh menambah bijan hitam atau bijan putih biasa.

Untuk hiasan atasnya pula, anda boleh sapukan dengan lebihan telur putih berserta pewarna merah, dan 3 biji biji labu.

 

Biskut Casablanca Delight Pelangi 

 

Resipi asal: Chef Zubaidah 

 

(Diolah resepi dengan menggunakan mentega) 

 

Bahan A :

  • Mentega (250 gm) - pemilik resepi gunakan mentega jenama Buttercup
  • Shortening (40 gm)
  • Gula kastor (130 gm)

 

Bahan B :

  • Nestum (60gm) - panggang dan kisar kasar
  • Oat (60 gm) - panggang dan Kisar
  • Serbuk badam (30 gm) - pemilik resepi tidak meletakkan badam kerana lupa untuk membeli

 

Bahan C :

  • Tepung Jagung (50 gm)
  • Tepung Beras (20 gm)
  • Tepung Gandum (300 gm)

 

Hiasan :

  • Colour rice
  • Kuning telur

 

Cara-cara :

1. Masukkan bahan A dan kemudian bahan B lalu uli sebati.

2. Masukkan ketiga- tiga tepung (bahan c) sedikit demi sedikit sehingga doh selesa dipegang kemudian canai menjadi kepingan nipis.

3. Terap dengan menggunakan acuan yang dikehendaki dan sapukan kuning telur dan hias sekali dengan colour rice.

4. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

 

Resepi Bonus: Bebola Kristal Keledek  

bebola kristal keledek

 

Bahan-bahan:  

  • Keledek oren (500 gm) - yang telah kukus 
  • Tepung gandum (125 gm)
  • Serbuk penaik (1 sudu teh)
  • Marjerin ( sedikit ) - untuk garingkan dan jadikan kulit doh licin
  • Garam (sedikit)
  • Gula kastor (secukupnya)

 

Cara-caranya:  

1. Lenyekkan keledek sewaktu masih panas dengan garam.

2. Biarkan keledek yang di lenyek betul-betul sejuk terlebih dahulu barulah di masukkan tepung dan juga baking powder.

3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

4. Ambil sedikit marjerin dan uli sebati.

5. Kemudian bulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis. Gorengkan dengan menggunakan minyak yang banyak sehingga warna kuning keemasan.

6. Salutkan gula castor putih ketika masih panas.

 

Sumber:

1. Zura Zura [12

2. Jalilah JJ [12]

3. Cerita Tentang Segala (chequesuechekgu.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)