Oleh pada 31 May 2019 kategori

Biskut onde-onde atau juga dipanggil sebagai biskut pandan gula melaka diinspirasikan dari kuih tradisional, onde onde.

Ia mempunyai rasa yang sama dengan kuih onde onde kecuali teksturnya berbeza.

Aroma kelapa dan pandan membuatkan rasanya begitu istimewa dan sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu semasa rumah terbuka nanti.

 

Biskut Onde-Onde (Biskut Pandan Gula Melaka)  

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (120gm) - pemilik resepi menggunakan mentega jenama Buttercup

Nota: Untuk hasil lebih lazat, sila gunakan Pure Butter dan pastikan mentega berada pada suhu bilik supaya bunga yang akan ditekan tidak mengembang 

  • Tepung gandum (140gm) - pemilik resepi menggunakan tepung gandum jenama Superfine untuk hasil rasa yang lebih lazat
  • Gula Perang (35gm) - untuk rasa yang lebih manis-manis buah boleh tambahkan ini
  • Kelapa kering (1sudu)
  • Paste pandan (1 sudu kecil)
  • Pewarna hijau epal (1 sudu kecil)
  • Secubit garam
  • Baking powder (3/4 sudu teh)
  • Telur (1 biji ) - pemilik resepi memilih untuk menggunakan telur gred C, sebab adunan ini tidak banyak
  • Nozel - pemilik resepi menggunakan nozel 864

 

Cara-caranya :

1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati

2. Masukkan paste pandan, pewarna hijau epal, tepung dan juga satu sudu kelapa kering putih dan kacaukan semuanya sehingga sebati.

3. Masukkan ke dalam paiping beg dan tekan menggunakan nozel ikut kesukaan masing-masing.

4. Untuk hasil bulat yang lebih menarik, buatkan satu pusingan sahaja lalu berhenti dan tekankan doh itu.

5. Jangan tekan terlalu besar kerana dikhuatiri bila adunan di bakar akan menjadi lebih kembang sedikik walaupun masih ada bentuk.

 

Hiasan :

1. Letakkan hiasan sebelum bakar.

2. Gula melaka yang sudah disagat.

3. Kelapa parut hawai- boleh di perolehi daripada kedai bakeri.

4. Gunakan suhu pada 180© dan bakar selama 15_20 minit mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.

 

Nota: Resepi ini adalah untuk anggaran 26 hingga 30 biji biskut. Untuk kuantiti yang lebih banyak sila gandakan kuantiti bahan lagi.

 

Sumber:

1. Siti Solehah [12]

2. GulaSage (gulasage.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)