Oleh pada 29 May 2019 kategori

Biskut gajus adalah sebuah lagi kuih raya lama yang senang untuk dibuat kerana perlu diterap-terap sahaja.

Untuk mewujudkan rasa lemak manis sedikit, anda boleh tambahkan sedikit lagi gula dan sedikit garam. 

Namun, jika anda kurang sukakan manis, anda tidak perlu mengikuti tips ini.

 

Biskut Gajus 

 

Bahan-bahan: 

  • Mentega (250 gm) - butter cup
  • Gula kastor (200 gm)
  • Kuning telur (3 biji)
  • Tepung castard (100 gm)
  • Tepung gandum (400 gm)
  • Gajus (100 gm) - dikisar halus
  • Esen vanila
  • Serbuk penaik (1/2 sudu teh)
  • Biji gajus - dibelah dua

 

Cara-caranya:  

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanilla, gajus yang sudah di kisar halus dan kedua-dua tepung.

2. Bulatkan dan bentukkan

3. Setelah siap bentukkan. Sapukan merah telur di atasnya. (Sekiranya tidak di sapukan merah, hasilnya tidak kelihatan seperti gajus yang masak).

 

Resepi Bonus: Biskut Gajus Coklat Rice 

biskut gajus coklat rice

 

Bahan-bahan:  

  • Gula halus/kastor (4 oz)
  • Mentega (6 oz)
  • Telur ayam (1 biji)
  • Tepung (8 oz)
  • Tepung kastard (4 oz)
  • Tepung jagung (5 oz)
  • Gajus (300 gm) - dikisar halus
  • Coklat rice (secukupnya)

   

Cara-caranya :  

  1. Pukul mentega dan halus sehingga kembang, kemudian masukkan telur. Pukul rata. 

2. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan ulikan sebati.

3. Masukkan gajus yang telah dikisarkan tadi. Gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan coklat rice secukupnya. Uli sehingga sebati.

5. Canaikan adunan dan terap mengikut cetak kesukaan masing-masing.

6. Bakar di ketuhar dengan menggunakan suhu 170°C selama 20 min atau sehingga masak mengikut ketuhar masing-masing.

 

Nota:  

✔ Sekiranya adunan agak kering, sila tambahkan 1,2 sudu besar mentega.

✔ Resepi ini merupakan resepi asal mak cik pemilik resepi (orang lama menggunakan sukatan di dalam oz), jadi bolehlah adjust di penimbang masing-masing sekiranya ada mempunyai sukatan oz/g.

✔ 1 oz bersamaan dengan 28.3495 gm. Boleh gunakan Google untuk memudahkan penukaran oz kepada gram. 

 

Sumber:

1. Rosmariababa Maria [12]

2. Intan Shafinaz [12]

3. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)