Oleh pada 30 May 2019 kategori

German cookie atau biskut kentang merupakan antara biskut raya yang paling mudah untuk dihasilkan.

Dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, semuanya hanya perlu diadun sahaja lalu digentel-gentel dan dibakar.

Biskut ini pasti digemari oleh golongan kanak-kanak dan warga emas kerana ia cair di dalam mulut.

Untuk warga emas, mereka tidak perlu asingkan kacang kerana biskut ini tidak mempunyai kacang.

German Cookie (Biskut Kentang)

 

 

Bahan-bahan:  

  • Mentega (1 buku mentega, 250 gm) - pemilik resepi gunakan mentega Buttercup untuk hasil lebih lazat
  • Tepung kentang (1 paket, 350 gm)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Gula aising (1/2 cawan)
  • Esen vanila (1 tutup vanila tu)
  • Garam (secubit)

 

Cara-caranya:  

1. Putar mentega, gula icing, esen vanilla sehingga sebati.

2. Masukkan tepung kentang, tepung gandum dan adunkan sehingga menjadi doh. Doh hasilnya akan menjadi lembut.

3. Simpan doh ke dalam peti ais selama 20 minit.

4. Keluarkan dan bulatkan satu persatu mengikut saiz yang di mahukan. Tekan sedikit menggunakan jari. Ambil garfu untuk membuat corak di atasnya. Jika mahu letakkan gula warna pun boleh.

5. Bakar menggunakan ketuhar pada suhu 170 C selama 20minit. Bergantung kepada saiz biskut, sekiranya saiz besar bakar lebih lama sedikit.

tepung kentang dan cawan

Tepung kentang dan cawan atau mangkuk digunakan oleh pemilik resepi 

 

Nota: Sekiranya menggunakan cawan adunan menjadi terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung gandum. Tetapi, sekiranya menggunakan mangkuk sama seperti pemilik resepi, adunan itu ngam-ngam sahaja.

 

Sumber:

1. MariaKhalisya Khalis [12]

2. Nina Mirza (ninamirza.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)