Oleh pada 31 May 2019 kategori

Biskut gunting merupakan sebuah biskut kegemaran ramai yang terkenal sepanjang masa.

Ia boleh dijadikan sebagai kudapan yang boleh membuka selera sesiapa sahaja.

Biskut ini memang boleh membuatkan seseorang itu ketagih. 

Biskut Gunting Tepung Bestari

 

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Tepung ayam (1 cawan) - gunakan tepung ayam jenama Bestari perisa spicy untuk rasa sedikit pedas
  • Telur (1 biji)
  • Mentega (4 sudu)
  • Serbuk kari (3 sudu besar) - guna serbuk kari jenama apa sahaja pun boleh
  • Daun sup atau daun kari
  • Jintan manis (sedikit)
  • Garam (sedikit)

 

Tips: Sekiranya doh masih tidak menjadi, letakkan air sedikit sehingga menjadi doh yang tidak lekat di tangan. 

 

Cara-caranya :  

1. Masukkan ke semua bahan di atas. Kemudian masukkan garam secukup rasa, daun sup yang telah di hiris halus.

2. Gaulkan sampai menjadi doh dan tidak lekat di tangan.

3. Selepas itu, gulungkan memanjang. Guntingkan menyerong.

4. Akhir sekali goreng dengan menggunakan api yang sederhana besar sehingga menjadi warna kekuningan. 1 bancuhan boleh memperoleh satu balang yang tinggi. Untuk hasil yang lebih banyakan gandakan kuantiti adunan bahan.

 

Resepi Bonus: Bubur Gunting 

bubur gunting  

 

Bahan-bahan: 

 

Bahan untuk tepung : 

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Garam (secubit)
  • Air (1/2 cawan)

 

Bahan untuk kuah: 

  • Gula merah (3/4 cawan)
  • Air (1/2 cawan)
  • Santan (2 mangkuk)
  • Gula pasir (1/2 cawan) -boleh kurangkan kuantiti sekiranya tidak menyukai manis
  • Daun pandan (2 helai)
  • Garam (1/2 sudu teh)

 

Cara-caranya :  

 

Buat tepung dahulu :  

1. Satukan garam dengan air. Kacau sebati 

2. Masukkan tepung ke dalam bekas, kemudian tuangkan air dan tambahkan sedikit garam. Uli sampai mejadi doh. Sekiranya doh sudah menjadi, tidak perlu habiskan air.

3. Bahagikan doh tadi kepada 5 ketul kecil supaya mudah untuk di gelek

4. Gelekkan tepung sehingga nipis. Kemudian gunting kecil-kecil (boleh rujuk kepada gambar) .

 

Cara untuk membuat kuah : 

1. Masakkan gula merah bersama air di dalam kuali. Tunggu seketika sehingga gula cair, kemudian tapiskan kerana di dalam gula merah kadangkala terdapat pasir dan benda asing. Jadi kena masak dan tapis dahulu kemudian baru boleh di guna.

2. Masukkan santan ke dalam kuali. Masukkan juga air gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan yang sudah disimpul. Buka api dan kacau sebati.

3. Pastikan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. Apabila sudah mendidih masukkan tepung gunting yang sudah di gunting kecil. Kacau seketika dan tunggu sehingga tepung kecil itu timbul. Itu menandakan ia sudah masak. Biarkan seketika selama 5-10 minit kemudian baru tutupkan api.

bubur gunting 1  

 

Sumber:

1. Lynda Yum Yum [12]

2. Siti Hajar Hashim [12]

3. SiRa SaIn HoTtTzZz KiTcHeN CeNtRe (SSHKC) (nasibukuhbukitmarak.blogspot.com) [12




Hakcipta iluminasi.com (2017)