Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Sinar Online

Pelawak terkenal, Ebby Yus ditahan selama hampir seminggu di Hospital Selayang sejak Khamis yang lepas kerana menghidap lemah jantung. Pelakon yang berusia 52 tahun itu sudah dibenarkan pulang dari hospital tersebut sejak Khamis dan sedang berehat sebelum diberi rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi suatu tempoh masa yang ditetapkan.

Ya, baru semalam saya dibenarkan keluar setelah seminggu dirawat di Hospital Selayang. Saya mengalami kesukaran bernafas dan bengkak kaki sebelah kiri sehingga rasa begitu sakit dan sukar nak berjalan sejak tiga bulan lalu.


Selama tempoh rawatan, doktor memberitahu jantung saya sangat lemah mengepam sehingga menyukarkan proses pembuangan air di dalam badan. Saya juga turut menjalankan pemeriksaan buah pinggang .

Pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid itu memberitahu yang sebolehnya dia enggan menghebahkan perkara itu pada awalnya. Bagaimanapun, orang mula mengetahuinya apabila Rina Tan selaku ahli jawatankuasa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memuatnaik status di Facebook rasmi Seniman untuk memberitahu keadaannya kepada orang ramai.

Kalau ikutkan saya tidak mahu hebahkan perkara ini sepertimana yang pernah tular sebelum ini.


Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan artis yang datang melawat antaranya Wan Maimunah, Eman Manan, Caca (Raja Lawak) dan Mee Raja Lawak serta beberapa lagi rakan artis maaf kalau saya terlupa nak menyebut namanya .

Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, Ebby berkata doktor menasihatkannya agar mengawal sukatan minuman untuk mengelakkan masalah air berlebihan memandangkan jantungnya masih lemah untuk mengepam sebarang cecair di dalam badan.

Sekarang saya perlu berehat, makan ubat-ubatan selain menunggu temujanji untuk rawatan susulan di IJN dan HKL mengikut tarikh yang diberi.


Selain itu saya juga harus mengawal sukatan pengambilan air seminimum yang mungkin iaitu hanya seliter sehari.

Selain itu, Ebby yang masih bujang turut menghentikan kerjaya seninya buat sementara waktu dan akan berehat di rumah kakaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

pelawak ebby yus disahkan hidap lemah jantung 1

Kredit foto: Facebook.com/persatuansenimanmalaysia2

Mari kita sama-sama doakan agar Ebby Yus kembali sihat seperti sediakala dan dapat terus menceriakan hari-hari kita.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)