Oleh pada 09 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Ria X

   

Pertandingan realiti komedi popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali untuk edisi 2019 mulai 1 November ini.

Istimewanya, musim ini bakal memperkenalkan satu episod pengenalan yang diberi nama 'MLM 2019 – Kerusi Panas atau Hot Seat' dan akan bersiaran seminggu lebih awal iaitu pada 25 Oktober.

Episod tersebut menampilkan Nabil Ahmad sebagai hos, bersama tiga juri yang bakal menghakimi para peserta, terdiri daripada sutradara Sabri Yunus, pelakon Fasha Sanda dan penerbit David Teo.

MLM 2019 bersiaran selama 11 minggu, secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Menerusi atas talian boleh diikuti di platform digital rasmi, Astro GO dan On Demand.

   

peserta mlm 2019

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Sekali lagi Datuk AC Mizal diberi mandat mengemudikan MLM buat kali yang kelapan.

Antara penyertaan peserta yang menarik perhatian, termasuk pembabitan semula pelawak Mamat Sepah, menerusi kumpulan Stone bersama Azlee Senario dan Acong.

Tidak ketinggalan, kumpulan J-Born yang juga pemegang trofi panas juara Muzikal Lawak Superstar musim pertama, baru-baru ini.

Berikut senarai penuh peserta MLM 2019.

     

mlm 2019

Kredit foto: Maharaja Lawak Mega

    

SENARAI PENUH RASMI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 (MLM 2019)

  1. J-Born (Joey Daud, Vicha, Khir Rahman)
  2. Stone (Mamat Sepah, Azlee Senario, Acong)
  3. Zero (Atu, Sharif, Syaiful)
  4. Bocey (Fad, Achey, Abam)
  5. Jambus (Tauke Jambu, Tapai Kiut)
  6. Puteh (Ali, Mamak, Man Raja Lawak)
  7. Rare (Ropie, Ajak Shiro, Ilya Sepahtu)
  8. Rojak (Rahim Sepahtu, Bell Ngasri, Chiwan Chilok)
  9. Rahmat (Peserta solo dari Indonesia)
  10. Popon (Peserta solo dari Indonesia)
  11. Cali (Peserta berkumpulan dari Brunei - Khai, Tonny)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)