rayza mukmin dan harith iskander

Komedi berbentuk stand-up, walaupun ada dipersembahkan dalam kaca televisyen negara kita, masih kurang penerimaannya berbanding komedi berbentuk lakonan yang kerap memonopoli siaran rancangan kita.

Walaupun begitu, para penggemar komedi berbentuk stand-up ini tetap berjaya menonton persembahan-persembahan hebat daripada pelawak-pelawak tempatan, melalui persembahan secara langsung yang kerap diadakan di acara-acara komedi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda beberapa orang pelawak komedi paling kelakar di Malaysia? Berikut adalah 5 stand-up comedian paling kelakar yang perlu anda ikuti, bagi menceriakan hari anda.

1. Reezal van Geyzel

Kami tak pasti dia ni orang apa, tapi yang kami tahu dia orang Malaysia. Memiliki darah campuran yang pelbagai membolehkan dia memahami banyak perkara tentang Malaysia, yang kerap dijadikan sebagai bahan-bahan dalam komedi beliau.

2. Jason Leong

Doktor yang juga ahli komedi, Jason Leong merupakan salah seorang yang perlu diberikan lebih banyak pendedahan atas kisah-kisah komedi beliau yang banyak menggunakan elemen cara hidup Malaysia.

3. Douglas Lim

Salah seorang veteran dalam bidang komedi, Douglas terkenal sebagai seorang pelakon komedi yang kerap menjadikan dirinya sebagai bahan kepada komedi, kerana mengikut kata dirinya sendiri - dia dah buat berapa belas tahun komedi tapi sehingga sekarang tak ada pun orang yang datang nak bergambar dengan dia.

4. Rayza Mukmin

Mula menempa nama sebagai salah seorang peserta solo Maharaja Lawak Mega, namun karakter sebenar Rayza lebih terserlah dalam rancangan 'Oi! Jaga Mulut' salah sebuah rancangan asli tayangan saluran iFlix.

5. Harith Iskander

Tak sah rasanya senarai ini tanpa nama Harith disenaraikan. Menggabungkan pelbagai elemen komedi dan tidak terhad kepada sesuatu topik dan teknik semata, mungkin itu yang membuatkan Harith Iskander layak bergelar pelawak stand-up terbaik Malaysia setakat ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)