Kredit foto: Mstar

Baru-baru ini, terdengar khabar yang pelawak dan pelakon Ebby Yus telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, namun tidak pula diketahui puncanya.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Ebby memberitahu beliau baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah.

Mengulas mengenai detik-detik cemas sebelum dia didaftarkan ke IJN, menurut Ebby dia mengalami beberapa simptom hingga membuatkannya sukar untuk tidur malam.

Mula ceritanya sakit kaki, macam nak cramp, duduk tak boleh, baring tak boleh, kena berdiri sahaja, makan pun kena berdiri jugak. Dua tiga malam tak boleh tidur, jadi bila tahan-tahan sakit, rasa dah attack ke jantung. Tu yang terus ke IJN dan kena tahan duduk. Doktor periksa jantung ok tak ada masalah. Bila dah kata tak ada apa-apa, saya pun dibenarkan keluar tapi kaki masih sakit lagi ketika itu. 

Sumber: Media Hiburan

Kata Ebby lagi, kerana masih belum pulih, dia terpaksa mencari rawatan alternatif lain. 

Sekarang saya buat rawatan di satu tempat pakar saraf dan alhamdulilah tak ada rasa sakit sangat, dah boleh berjalan. Sekarang ini masih teruskan rawatan.

Sumber: Media Hiburan

Semoga Ebby cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)