Oleh pada 29 Sep 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

      

Penonton setia Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2024 Musim 4, berpeluang memainkan peranan penting dalam menentukan nasib peserta kegemaran mereka.

       

muzikal lawak superstar 2024 22857

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Undian dibuka sepanjang minggu secara dalam talian, memberikan sebahagian kuasa kepada penonton untuk memilih siapa yang bakal terus melangkah ke pusingan seterusnya.

Prosesnya amat mudah, hanya layari laman web di alamat https://voting.astro.com.my/muzikal-lawak-superstar-of-the-week atau imbas kod QR yang dipaparkan di skrin TV semasa siaran rancangan berlangsung.

Selepas itu, anda hanya perlu log masuk menggunakan akaun Astro, Google, Apple atau Facebook untuk memulakan undian.

Selepas anda berjaya log masuk, setiap hari dari Isnin hingga Sabtu, anda akan diberikan 30 kredit undian.

Pada hari Ahad, istimewanya anda akan menerima 50 kredit undian yang memberikan lebih banyak peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda.

Undian ini dibuka sepanjang minggu dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Namun, ia akan ditutup pada saat yang diumumkan oleh hos di penghujung setiap episod.

Bagaimanapun, selepas rancangan minggu tersebut berakhir, undian akan dibuka semula, memberi ruang untuk anda terus menyokong kumpulan pilihan.

Proses pengundian tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Format pemarkahan pula dibahagikan, yang mana 70% markah adalah berdasarkan penilaian juri profesional tetap, manakala baki 30% lagi diambil kira daripada undian penonton secara dalam talian.

Untuk menyemak senarai peserta dan kumpulan yang berentap, baca artikel berikut: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4)

Program musim ini menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, setiap Ahad pada jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107) mulai 22 September 2024.

Bagi anda yang mungkin terlepas siaran di televisyen, MLS4 juga boleh ditonton secara dalam talian menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go dan Sooka.

        

Baca: Keputusan Markah Mingguan Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4)

Baca: Biodata Penuh Acap S, Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4)

Baca: Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4)

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Info Penuh Dan Senarai Peserta Mega Spontan 2023 (Astro Warna)

Baca: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Termasuk Format Penjurian Dan Hadiah

       

*Senarai Bekas Juara

Muzikal Lawak Superstar 1 (2019) - Jborn

Muzikal Lawak Superstar 2 (2020) - Heart

Muzikal Lawak Superstar 3 (2022) - Ubi

       

Kredit video: Live Muzikal Lawak Superstar 4 Full Live + | Minggu 1

        

Tajuk program? Muzikal Lawak Superstar 4

Berapa minggu? 9 Minggu

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Warna dan platform online, Astro Go serta Sooka

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)