Oleh pada 28 Sep 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2024 kembali menghangatkan pentas dengan kehadiran 10 kumpulan yang bersaing, masing-masing berusaha merebut tiket ke pusingan akhir.

       

muzikal lawak superstar 2024 66667

Kredit foto: Instagram Dato AC Mizal

       

Setiap kumpulan menyajikan persembahan dengan gaya tersendiri, yang menggabungkan sketsa komedi dan elemen muzik, menjadikan pentas MLS sarat dengan hiburan yang mencuri hati penonton dan juga barisan juri.

Kumpulan yang bersaing musim ini adalah Padie, Putehh, Sarkas, Gebu, Deroyan, Zuara, Soda, Kilo, Gahai dan Bravo.

Ia juga menyaksikan tiga juri profesional yang terdiri daripada bintang ternama mengambil tempat di meja juri. Mereka diberikan amanah untuk menilai setiap persembahan dan memberi markah kepada para peserta, sekaligus menentukan siapa yang layak melangkah lebih jauh dalam pertandingan ini.

Tiga figura popular menggalas tugas sebagai juri tetap - pelawak legenda Harith Iskander, Saiful Apek yang tak asing lagi dengan dunia komedi tanah air dan pelakon cantik yang sedang mencipta nama, Anna Jobling.

Format pemarkahan dibahagikan, di mana 70% markah datang daripada penilaian profesional juri, yang turut menilai persembahan menerusi pemberian "Bintang". Sementara itu, baki 30% diputuskan menerusi undian penonton yang dilakukan secara dalam talian.

Rancangan ini, yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman, Datuk AC Mizal bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras dan boleh ditonton di Astro Warna (saluran 107) setiap hari Ahad pada pukul 9 malam mulai 22 September 2024.

Bagi yang tidak sempat menonton di televisyen, MLS4 juga boleh diakses secara dalam talian menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go dan Sooka.

Berikut merupakan markah yang diperoleh setiap kumpulan, berdasarkan kreativiti dan lawak yang mereka persembahkan sepanjang saingan.

       

muzikal lawak superstar 4 55557

Kredit foto: Instagram Isyariana Che Azmi

       

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2024 (Musim 4)

Minggu 1

Tema: Fantasi

1. Deroyan (Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi Floor 88) - 64.08%

2. Putehh (Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin) - 63.18%

3. Sarkas (Danial Zaini, Shashic, Acap S) - 62.05%

4. Gebu (Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana) - 61.57%

5. Padie (Namie, Fad Bocey, Aretoy) - 59.36%

6. Bravo (Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally) - 59.14%

7. Zuara (Nizam Jentik Jentik, Chiwan, Zulin Aziz) - 57.00%

8. Soda (Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai) - 51.12%

9. Kilo (Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar) - 45.18%

10. Gahai (Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana) - 42.64%

      

Tersingkir - Tiada Penyingkiran

Gempak Superstar Of The Week (Markah Tertinggi) - Deroyan

       

Minggu 2

Tema: Mercu Tanda

1. Sarkas - 65.12%

2. Bravo - 63.08%

3. Putehh - 62.07%

4. Deroyan - 57.80%

5. Soda - 57.02%

6. Gebu - 52.77%

7. Padie - 52.46%

8. Zuara - 49.79%

9. Gahai - 48.26%

10. Kilo - 39.28%

       

Tersingkir - Tiada Penyingkiran

Gempak Superstar Of The Week (Markah Tertinggi) - Sarkas

       

Minggu 3

Tema: Kampung Masing-Masing (Genre Lagu Rock)

       

1. Putehh - 62.79%

2. Gebu - 58.72%

3. Padie - 58.56%

4. Bravo - 58.04%

5. Sarkas - 56.50%

6. Deroyan - 53.46%

7. Zuara - 52.69%

8. Soda - 50.21%

9. Gahai - 45.98%

10. Kilo - 40.38%

       

Tersingkir - Kilo dan Gahai

Gempak Superstar Of The Week (Markah Tertinggi) - Putehh

        

*Keputusan markah mingguan akan dikemaskini dari minggu ke minggu.

       

Baca: Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan & Akhir, 30% Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton!

Baca: Biodata Penuh Acap S, Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4)

Baca: Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4)

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Keputusan Markah Mingguan Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Info Penuh Dan Senarai Peserta Mega Spontan 2023 (Astro Warna)

Baca: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Termasuk Format Penjurian Dan Hadiah

       

Kredit video: Live Muzikal Lawak Superstar 4 Live + | Minggu 1

       

Tajuk program? Muzikal Lawak Superstar 4

Berapa minggu? 9 Minggu

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Warna dan platform online, Astro Go serta Sooka

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)